Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pengurusan kes Wan Ahmad saman Mat Sabu 20 Mac

8 Mac 2013
Wan Ahmad Wan Omar
Wan Ahmad Wan Omar
 
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 20 Mac ini sebagai tarikh pengurusan kes saman fitnah oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
  
Peguam Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Wan Ahmad berkata saman itu ekoran kenyataan fitnah oleh Mohamad Sabu atau Mat Sabu dalam akhbar Harakah edisi 1-3 Februari 2013 yang bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai'.
  
"Saman juga difailkan terhadap empat defendan iaitu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd; Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel, Aziz Muda.
  
"Kes tersebut akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Lee Heng Cheong," katanya pada sidang media di kediaman Wan Ahmad di sini hari ini.
  
Katanya writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Mac lalu dan saman itu difailkan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
  
Abu Bakar berkata, tuntutan berasingan terhadap kesemua defendan ialah ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan dan/atau teladan serta turut menuntut injunksi, faedah dan kos.
  
Wan Ahmad dalam pernyataan tuntutannya terhadap defendan pertama, Mohamad Sabu mendakwa tuduhan defendan sangat serius dan menyebabkan kehinaan dan keaiban kepada plaintif di mata khalayak ramai dan masyarakat awam serta antarabangsa.
  
Manakala tuntutan terhadap defendan kedua hingga kelima pula merupakan penerbitan Akhbar Harakah Edisi Jumaat Bil. 1814 20-22 Rabiul Awal 1434/1-3 Feb melibatkan sebuah artikel dengan keterangan di muka akhir akhbar tersebut bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai'.
  
Tuntutan lain terhadap defendan kedua hingga kelima berhubung sebuah artikel dengan keterangan di muka surat N60 akhbar tersebut bertajuk 'Ragu Peranan SPR-Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan'.
  
Dalam pada itu, ketika ditanya jumlah dan nilai ganti rugi berhubung saman fitnah ini, Wan Ahmad berkata itu terpulang kepada keputusan mahkamah dan apa yang penting adalah beliau perlu membersihkan namanya dan juga institusi SPR daripada sebarang fitnah dan tuduhan palsu.  - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.