Sunday, March 10, 2013
Ko Baca Ni! Ada Rasa Apa-Apa Tak?
Kita akan tahu juga akhirnya
Tunggulah masa yang akan menentukan
Tengoklah kes MYKad Mahathir
Allah taqdirkan masa berikan khabar kepada kita!
Pemberontakkan Sulu: Sandiwara Atau Tidak, Kerajaan Tetap Harus Bertanggungjawab
Tunggulah masa yang akan menentukan
Tengoklah kes MYKad Mahathir
Allah taqdirkan masa berikan khabar kepada kita!
Itu kata-kata veteran Polis. X-IGP pulak tu
Submitted by edyesdotcom
Dua
hari lepas, dua orang anggota komando VAT69 telah terkorban di Lahad
Datu ketika Kerajaan Malaysia terus mengambil sikap ‘berunding’
sedangkan dalam mana-mana negara berdaulat tidak akan berkompromi dengan
pencerobohan bersenjata. Semalam tanggal 2 Mac, seorang lagi anggota
keselamatan negara terkorban dan kali ini di Semporna.
Saya
ucap takziah dan tidak dapat sembunyi perasaan sedih berbaur kemarahan.
Sedih kerana peristiwa kematian ini mampu dielak jika kerajaan
bertindak lebih awal sebelum melarat seperti yang diberitakan.
Sesungguhnya, membenarkan kependudukkan yang berminggu kepada anggota
pengganas Sulu ini merupakan satu langkah malang buat negara, menjadikan
kedudukan mereka yang lebih sedia untuk menyusun gerakan – Ini harus
diakui.
Pagi
ini saya terkejut membaca laporan media yang mengatakan Perdana Menteri
Malaysia memberikan kata dua kepada penceroboh ini atau hadapi
tindakkan pihak berkuasa. Pertama, mereka bukan lagi sekadar penceroboh
tetapi musuh negara pengganas bersenjata yang telah membunuh anggota
keselamatan Malaysia. Kedua, mengapa perlu memberi kata dua? Bukankah
sudah ada yang terkorban? Di atas dua perkara ini, saya simpulkan bahawa
Perdana Menteri Malaysia adalah bangsat dan tidak layak lagi meneraju
negara.
Inilah
nasib Malaysia, mempunyai seorang Perdana Menteri yang lemah segala
bidang, dari sudut ekonomi, sudut pentadbiran, sudut integriti, sudut
kepimpinan, sudut menangani kirsis, sudut menjawab persoalan dan juga
hingga sudut mempertahankan kedaulatan negara – semua gagal. Mungkin
kerana ‘ia’ hadir dari pilihan kelompok manusia yang tidak punya
jatidiri serta mengamalkan rasuah dan tidak mustahil sanggup menjual
negara demi untuk terus berkuasa.
Apakah
keterlaluan jika saya katakan, ini semua sandiwara untuk mengubah
haluan sokongan rakyat kononnya ‘agar bersatu di bawah kerajaan’ bagi
menghadapi krisis Lahad Datu dan seterusnya menguntum simpati? Bagaimana
timbul persoalan ‘sandiwara’? Bila ada perasaan sangsi maka timbullah
soal sandiwara. Salahkah jika rakyat yang terlalu banyak memendam
‘curious mind’ saling bertanya “Apakah ini sandiwara?” bila banyak
perkara pelik berlaku.
Pelik,
apabila memikirkan bagaimana ratusan musuh negara yang bersenjata boleh
mendarat di Tanjung Labian dengan skala ratusan anggota tanpa disedari.
Lebih pelik, saya berkongsi persoalan bekas Jeneral TLDM, bagaimana
perairan negara yang dikawal oleh 4 agensi maritim dengan memiliki 12
radar pengesan bot sejauh 100km dan bot laju kombat CB90, masih boleh
ditembusi? Saya tidak mahu kira bab kapal selam Scorpene menyedari kapal
selam ini serba tempang tidak bersenjata (torpedo) dan tidak mampu
menyelam.
Lagi
pelik, bila mana seramai 400-500 sentinel bersenjata Sulu bergerak dari
Tanjung Labian ke Kg Tandou dengan berjalan kaki melalui denai
perkampungan, apakah ia tidak disedari, apakah polis, tentera dan orang
kampung tidak perasan? Tidakkah negara mempunyai perisik? Ini pelik.
Saya faham negara ini terlalu banyak ‘Special Branch’ yang mengekori
kebanyakkan pemimpin PR, turun ke ceramah dan sebagainya. Namun apakah
mustahil tiada SB yang memerhati gerakan bersenjata Sulu?
Saya
berani mengatakan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan
anak muda yang menuntut perubahan negara menjadi perhatian kepada SB dan
juga Majlis Keselamatan Negara. Kerana apa setiap gerakan SAMM
diperhatikan dengan teliti? Kerana SAMM adalah ancaman kepada Umno dan
Barisan Nasional. Tetapi bagaimana pula dengan gerakan yang mengancam
rakyat dan negara khususnya rakyat Sabah di perbatasan sana, tidakkah
ada SB atau intel yang memerhatikan mereka? Ini pelik dan sudah tentu
memperagakan lebih banyak persoalan.
Berbalik
kepada isu pengganas Sulu pasca pertempuran. Kepelikkan menjadi lebih
serius selepas tamat pertempuran di Lahad Datu apabila memikirkan
bagaimana ratusan anggota bersenjata Sulu ini boleh lolos dari kepungan
pihak berkuasa? Kita semua telah dimaklum dengan jelas bahawa
perkampungan Tandou telah dikepung, maka di manakah ketua mereka? Apakah
mati atau ditahan? Berapa ramai yang ditahan? Apakah mereka punya
magika boleh hilang sekelip mata? Apakah mereka ini ‘orang minyak’?
Pelik, pelik dan pelik!
Dengan
banyaknya persoalan pelik seperti yang saya sebut di atas, salahkah
rakyat berdepan ‘curious mind’ setelah banyak perkara berlaku susah
diterima akal?
Sandiwara
atau tidak, saya berani katakan yang bangsat di atas sana sanggup buat
apa saja, jual negara, korbankan nyawa, you name it! Asalkan masih
pegang tampuk kuasa. Saya jamin Umno dan Barisan Nasional akan tumbang
PRU-13, apa cara pun mereka akan kalah kerana semua rakyat, profesional,
penjawat awam, pekerja sendiri dan orang atas pagar telah tekad untuk
bersama arus perubahan. Malah mungkin kali ini kalau Umno/BN menipu PRU
pun akan tetap hadapi kekalahan. Difahamkan, pengundi hantu yang terdiri
daripada warga asing juga tidak berani keluar membahayakan nyawa mereka
untuk mengundi Umno/BN di atas ketegasan rakyat kali ini. Justeru, apa
lagi cara yang mereka ada?
Sandiwara
atau tidak, pertempuran sudah berlaku dan anggota keselamatan sudah
terkorban. Pertempuran dan kematian adalah sahih, manakala sandiwara
adalah persoalan dari peristiwa yang berlaku.
Harus
dilekatkan dalam kepala kita, menimbulkan persoalan (sandiwara) dan
mensahihkan sesuatu adalah dua perkara berbeza. Sahihnya sekarang ialah,
saya tetap menegaskan Kerajaan pimpinan Umno dan BN harus
bertanggungjawab, Najib dan Hishamuddin harus bertanggungjawab di atas
kematian semalam hari ini dan esok. Namun dalam masa sama rakyat tetap
persoal mengapa begitu dan begini, seolah ia satu sandiwara meminta
simpati telah berlaku.
Akhir
sekali saya menyimpulkan, tidak keterlaluan jika saya katakan demi
kemenangan Umno/BN di Sabah dulu dan kini, sanggup Umno dan Barisan
Nasional penuhkan Sabah dengan warga asing termasuk warga sulu yang
akhirnya membawa kepada beraninya warga Sulu bersatu dan memberontak
menuntut sabah! Percayalah, mereka tidak akan berani bertindak sekiranya
tidak punya asas atau kekuatan yang cukup untuk mengancam negara.
Apakah
suatu masa nanti, di atas ketergamakkan Umno menjual negara melalui
skim pemberian kad pengenalan dan beri ruang kepada warga asing mengundi
demi untuk terus kekal berkuasa, akan sampai ketikanya Indonesia pula
menuntut negara ini kerana telah berjuta warga mereka di sini. Ia bukan
mustahil sepertimana yang kita fikirkan tidak mustahil akan berlaku
krisis peperangan di Sabah.
- kredit pada edyes
- kredit pada edyes
0 orang berkata:
Post a Comment