Terkini!! Tian Chua Didakwa Ikut Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen 2 Esok.. Jom Terjah!!
KUALA
LUMPUR 13 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan didakwa mengikut
Akta Hasutan esok di Mahkamah Sesyen 2, Jalan Duta di sini, esok.
Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, berkata Tian akan diwakili peguam, N Surendran.
Hari
ini, Tian memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan
berhubung kes kenyataannya berkaitan kontroversi Lahad Datu
Keterangannya
dirakam bermula jam 11 pagi selama 30 minit untuk siasatan kes mengikut
Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas dakwaan memfitnah.
Ia susulan kenyataannya yang dimuat naik dalam portal berita rasmi KEADILAN, Keadilan Daily 1 Mac lalu.
Beberapa
hari lalu, Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit; Sub Editor, Norasikin
Samsi dan wartawan, Aisha Geoffrey, secara berasingan turut diarah
memberi keterangan. ~keadilandaily
0 orang berkata:
Post a Comment