Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nuffnang Ads

Thursday, March 7, 2013

Ini kali.... HUMBAN sajalah!!


Barangan yang dah expired... tidak boleh digunakan lagi. Ia boleh mendatangkan mudarat jika digunakan atau dimakan. Lebih-lebh lagi kalau hok yang low kualiti. Hahahaha.... layak kena tereban jek. Campakkan jer...

Begitu jugalah dengan kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak. 28 Mac ni cukuplah tempoh expired mereka sebagai kerajaan yang sah. Malangnya, sampai ke hari ini... Parlimen tak bubar-bubar lagi. Lepas satu tarikh ke satu tarikh khabarnya Parlimen akan bubar tapi satu pun tak menjadi kenyataan.

KUALA LUMPUR: Walaupun Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional akan meneruskan hayatnya Jumaat ini, genap lima tahun selepas Pilihan raya Umum 2008 diadakan, kesahihannya dari segi politik boleh dipersoal, kata pakar perlembagaan.
“BN berada di dalam kerajaan dari 9 Mac hingga 28 Jun, 2013 adalah mengikut Perlembagaan dan sah di sisi undang-undang, tapi dari segi kesahihan politik dan autoriti moral di dalam persoalan.
"Pengundi boleh secara sah berkata mereka mengundi untuk kerajaan BN pada 8 Mac, 2008 untuk memerintah selama 5 tahun, dan jika kerajaan tersebut memilih untuk mendapatkan mandat baru dalam tempoh tersebut, ia akan menjadi caretaker government (kerajaan sementara),” kata peguam Tommy Thomas dalam satu artikel beliau yang disiarkan Malaysiakini.
Menurut Tommy, sesi parlimen kali ini akan berakhir pada 28 April, dan pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, iaitu sebelum 28 Jun berakhir.
Namun demikan, beliau berkata sekiranya pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ingin mengekalkan tradisi untuk mengadakan pilihanraya Dun dan parlimen serentak, maka parlimen perlu dibubarkan awal sebelum 26 Mei.
Ini kerana 26 Mei ialah hari terakhir untuk Negeri Sembilan mengadakan pilihanraya, kerana sesi Dewan Undangan Negerinya akan terbubar sendiri pada 26 Mac.
Tommy berkata sistem ala-Westminster yang digunakan di Malaysia bermaksud Perda Mneteri boleh menentukan tarikh pilihanraya, termasuk ingin mengadakan pilihanraya lebih awal.
Beliau mengimbas kembali kuasa istimewa ini di mana semua bekas Perdana Menteri termasuk Tun Abdullah Badawi telah membubarkan parlimen lebih awal.
“Jadi mengapa Najib masih tidak menggunakan hak istimewa ini untuk menasihati Agong untuk membubarkan parlimen sebelum tarikh luputnya, dan kemudiannya diikuti dengan pilihanraya umum ke 13? Hanya satu jawapan untuk itu, BN takut ditewaskan,” kata Tommy.  
Beliau turut berkata hubungan antara politik dan perniagaan mungkin memperkukuhkan kepercayaan kepada teori bahawa kerajaan ingin untuk memasuki kontrak yang memberi manfaat kepada tabung politik mereka menjelang pilihan raya.- HD

Mengapa agaknya Najib takut nak bubar Parlimen dan berdepan dengan pilihan raya??

Jawapannya mudah. Puak-puak ni takut kerana mereka berada dalam keadaan amat defensif. Isu demi isu menyerang mereka. Macam-macam ler.... Tak payah sebut, sebab.... seantero dunia sudah tahu. Yang syiuknyer... peluru-peluru yang digunakan untuk menyerang mereka ialah buatan mereka sendiri. Lagi kesian.... kekadang mereka cuba topedo kita tetapi topedo patah balik booommm mereka balik. Hahahaha... padan muka.

Mereka sekarang dalam keadaan serba tak kena. Segala isu yang berkaitan kehaprakan mereka... tak terjawab. Kalau jawab pon... jawapan bodoh belaka. Budak tadika pon gelak dengor jawapan bodoh mereka. Mereka cuba memperbodohkan rakyat, sebaliknyer mereka yang kelihatan amat bangang.

Sekarang tempoh hayat mereka dah nak expired pon, masih tak berani nak bubarkan Parlimen. Serba salah wa cakap lu.. Bubar awal mereka kiok... Bubar ikut tempoh pun mereka akan kiok... 

Apakah mereka harap dengan terpentasnyer drama Lahad Datu mereka akan dapat semula keyakinan dan sokongan rakyat khususnya di Sabah, yang menjadi fixed deposit mereka selama ini??

Berehenti berharap ler.... Lahad Datu ke... Sulatn Sulu ke... sandiwara ke... bukan sandiwara ke.... UMNO/BN akan tersungkur jua, in shaa Allah. Ini kerana... rakyat sudah teramat muak dengan segala bentuk penipuan dan kerakusan mereka.

Hahahaha.... jom kita humban UMNO/BN ke liang lahad.

1 orang berkata:

Anonymous said...

kluarknlh segala apapun rancanganmu..najib..ingatlh bhawasannya....wamakaru,wamakarallah,
wallah huqhairulmakirin,

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.