Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Tiada lagi pas dagangan istimewa untuk pelaut Filipina, kata imigresen Malaysia

Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita
March 21, 2013
 
KUALA LUMPUR, 21 Mac — Pedagang Filipina yang melalui laut tidak lagi diberikan pas dagangan istimewa mulai April ini kerana pihak berkuasa memperketatkan sempadan berikutan pencerobohan puak bersenjata “Kesultanan Sulu” bulan lalu. The Philippine Daily Inquirer melaporkan ketua pengarah jabatan imigresen Malaysia Datuk Alias Ahmad berkata di stesen radio Sabah ketika lawatan beliau ke Kota Kinabalu semalam bahawa Kad Pengenalan Laut (SIC) kepada pedagang Filipina akan dihentikan.
Menurut akhbar tersebut, pegawai imigresen sebelum ini membenarkan kemasukan warga Filipina ke Sabah dan Labuan tanpa pasport tetapi asalkan mereka membawa SIC, dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia.
Dokumen itu dikeluarkan untuk pedagang barter memasuki Malaysia dan mereka perlu memenuhi beberapa syarat, termasuk sijil pemeriksaan kesihatan dan yuran RM50.
“Sebelum ini kita mengeluarkan SIC untuk pedagang barter yang tiada dokumen perjalanan,” kata Alias yang dipetik dalam akhbar tersebut, sebelum menambah ia adalah “kesilapan” bagi pihak berkuasa Malaysia.
Alias juga mendedahkan sejumlah 18,388 SIC dikeluarkan kepada orang asing tahun lalu, tetapi tidak menyatakan kewarganegaraannya.
“Dengan begitu, kita tak tahu dari mana mereka datang, mereka mungkin dari negara lain tapi boleh mendakwa mereka dari Filipina,” katanya lagi.
Dengan menghentikan pengeluaran SIC, Alias berkata ia membantu mengetatkan keselamatan sempadan laut Malaysia tetapi ini bukan bermakna menghalang warga Filipina untuk memasuki negara ini.
Beliau berkata mereka yang memasuki Malaysia dengan mematuhi undang-undang dan mampu mengikut syarat-syarat, pihak berkuasa akan membenarkan mereka masuk.
Dibawah undang-undang baru itu, Alias berkata pedagang Filipina perlu membawa pasport dan dokumentasi pedagang laut sebelum mereka dibenarkan masuk ke Sabah atau Labuan sebelum 15 April.
“Sekarang kita mengetatkan undang-undang mengikut keperluan dan amalan antarabangsa bahawa pendatang asing perlu membawa dokumen perjalanan untuk memasuki negara lain,” katanya lagi.
Beliau menambah jabatan imigresen juga akan mengetatkan pergerakan pedagang ini, dengan menghadkan jumlah hari mereka yang dibenarkan untuk tinggal di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Mereka yang gagal mematuhi undang-undang baru tersebut akan ditangkap dan dibicara di bawah undang-undang imigresen Malaysia, tegas Alias.
Kenderaan yang membawa warga Filipino tanpa dokumen dan memasuki kawasan perairan Malaysia akan ditahan dengan undang-undang anti penyeludupan manusia dan imigresen Malaysia.
Pada 9 Februari, sebuah bot membawa 200 orang bersenjata yang diketuai “raja muda Sultan Sulu” dari selatan Filipina mendarat di Kampung Tanduo, di pantai Lahad Datu, Sabah.
Kehadiran mereka menimbulkan tanda tanya mengenai keselamatan di sempadan Malaysia, dan pihak berkuasa menggandakan usaha mereka bagi memastikan pencerobohan tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.