Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, March 19

Jangan CABAR kewanitaan Najib... kahkahkah...

Zuraida cabar Najib umum calon wanita ganti Menteri Wanita

KUALA LUMPUR 19 MAC: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mencabar Datuk Seri Najib Razak menamakan calon wanita BN bagi menggantikan Menteri Wanita yang dipangku Perdana Menteri.

Katanya, cabaran tersebut supaya Najib sedar jawatan itu patut diisi oleh wanita.

“Saya cabar Datuk Seri Najib selaku pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menamakan calon Menteri Wanita Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

“Saya juga berharap Perdana Menteri tidak lupa hakikat bahawa beliau hanyalah memangku jawatan tersebut. Sudah tiba masanya jawatan itu perlu diisi dengan calon yang lebih sesuai,” katanya pada kenyataan.

Najib pada 7 April 2012, mengumumkan beliau memangku jawatan Menteri Wanita, selepas Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak dilantik semula sebagai senator ekoran penglibatannya dalam skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Mengulas lanjut, Zuraida yakin Najib masih belum mempunyai senarai wanita yang berkredibel untuk dicalonkan.

“Saya percaya hanya ada dua sebab kenapa beliau tidak menamakan satu pun calon wanita yang sesuai.

“Pertama kerana tiada satu pun wanita Umno yang sesuai sebab ramai di kalanagn mereka terpalit pelbagai skandal salah guna wang.

“Saya juga percaya Perdana Menteri sendiri tidak berkeyakinan untuk menang PRU 13,” kata Ahli Parlimen Ampang itu.

Dalam pada itu, Zuraida turut merujuk sambutan Hari Wanita Sedunia di Putrajaya yang dianjurkan kerajaan masih belum mampu menjanjikan peningkatan keupayaan daya saing wanita.

“Walaupun Umno BN mengadakan sambutan Hari Wanita Sedunia di Putrajaya Ahad lalu, saya percaya ia masih tidak dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam kumpulan pembuat dasar,” katanya. – KD

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.