Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, March 13, 2013

Analisa: Naikkan gaji bukan jaminan sokong BN


Umno BN Barisan Nasional Pengkhianat
Umno BN Pengkhianat
Langkah Putrajaya menaikkan gaji anggota polis dan tentera menjelang Pilihan Raya 2013 tidak semestinya menguatkan sokongan gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN), kata penganalisis.
Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bersetuju menyetarakan gaji pasukan keselamatan dengan penjawat awam lain seperti diumumkan kelmarin, menelan belanja RM1.5 bilion bagi meningkatkan gaji bagi mereka yang tidak dinaikkan gaji tahun lalu, satu langkah dilihat untuk meningkatkan sokongan BN dalam pilihan raya akan datang.
Persepsi umum adalah pengumuman tersebut bermakna sokongan lebih kuat pasukan keselamatan oleh kerana tentera dan polis dilihat sebagai penyokong tradisonal BN.

"Secara tradisionalnya, mereka diketahui menyokong kerajaan akan tetapi bagi mengatakan mereka tidak mampu membuat keputusan termaklum dengan aliran maklumat bebas kini adalah keterlaluan," kata Profesor Madya, Datuk Dr Mohammad Agus Yusof, dari Universiti Kebangsaan Malaysia kepada The Malaysian Insider.
Sebelum pengumuman, Parti Islam SeMalaysia (PAS) bergerak untuk menyaingi usaha terakhir Datuk Seri Najib bagi memenangi hati penjawat awam dengan menjanjikan kemudahan sama dan memperbaiki apa-apa janji perdana menteri untuk meningkatkan gaji dan elaun di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).
Langkah tersebut menunjukkan persaingan bagi memenangi hati penjawat awam yang merupakan kunci undi daripada kalangan 13.3 juta pengundi berdaftar untuk membuang undi dalam pilihan raya umum tahun ini.
Penganalisis daripada Universiti Putra Malaysia, Dr Jayum A Jawan, berkata bahawa walaupun peningkatan gaji menyebabkan lebih sukar bagi pembangkang melonggarkan cengkaman BN terhadap anggota keselamatan, dalam keadaan politik sekarang, tiada apa yang pasti.
"Ya, secara umumnya mereka (pasukan keselamatan) diketahui menyokong kerajaan hari ini. Akan tetapi ini tidak bermakna mereka menyokong parti pemerintah. Walaupun ianya mungkin mempengaruhi sokongan untuk BN, tetapi ianya hanya satu sektor. Untuk menang pilihan raya, anda perlu gandingan kombinasi pelbagai faktor lain," tambah beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.