Wednesday, March 27, 2013
Wartawan KECEWA, Najib TIDAK HADIR KE ISTANA
KUALA LUMPUR - Kecewa. Itulah yang dapat digambarkan selepas penantian sekumpulan wartawan dan jurufoto media tempatan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir ke Istana Negara hari ini.
Najib kebiasaannya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebelum mesyuarat Kabinet setiap hari Rabu.
Jika sebelum ini tiada tumpuan media ketika Najib memasuki istana kira-kira pukul 7.50 pagi setiap hari Rabu dan menghabiskan masa sehingga satu jam, namun memandangkan tarikh pembubaran Parlimen semakin hampir, rutin tersebut menarik perhatian para media.
Ada antara wartawan yang sudah berada di Istana Negara seawal pukul 7 pagi lagi. Tuanku Abdul Halim difahamkan kini berada di Langkawi untuk melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013.
0 orang berkata:
Post a Comment