Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Yen Yen tidak tanding PRU13?

23 Mac 2013
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
MELAKA - Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen tidak menafi atau mengiyakan spekulasi bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Menteri Pelancongan berkata masa akan menentukan sama ada namanya akan tersenarai atau sebaliknya.

"Masa sekarang adalah masa khabar angin, masa spekulasi, kita tunggu masa yang sesuai kita akan tahu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Burung Melaka di Taman Botanikal Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Cina mengenai Ng mungkin digugurkan sebagai calon boleh menang pada PRU13 akan datang.

Yen Yen  berkata, perjuangan politiknya bukan bertujuan untuk mengejar kedudukan dan jawatan sebaliknya bagi berusaha memakmur dan memajukan negara.

"Pada saya, masuk politik bukan nak jadi menteri, saya masuk politik bukan nak jadi timbalan menteri, saya masuk politik adalah untuk saya sebagai rakyat Malaysia boleh berusaha bersama-sama memajukan negara agar kemakmuran dan kemajuan dapat dicapai, itu sahaja," katanya.

Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk terus kekal di kawasan Parlimen Raub, Yen Yen  berkata: "Saya tidak ada hasrat apa-apa dalam politik, hasrat saya hanya untuk melihat Barisan Nasional (BN) menang dengan besar." - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.