11 Januari, 2014
Najib Dan Pemimpin Umno Pasti Terkedu Dengan Keputusan Ini..
Rakyat tidak perlu gentar dan gerun dengan momokan pemerintah yang
menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) untuk menakutkan dan
menafikan hak kebebasan berhimpun yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan.
Adun Batu Caves, Amiruddin Shari berkata, keputusan mahkamah hari ini
yang melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lima yang lain dari tuduhan
mengambil bahagian dalam himpunan Bersih 3.0 adalah precedent
(dahuluan) bagi kes susulan berkaitan.
"Penghakiman hari ini merupakan satu isyarat yang baik buat rakyat,"
kata Amiruddin dalam kenyataannya.Katanya, keputusan tersebut
membuktikan peruntukan yang termaktub dalam PAA bersifat autokratik dan
bertentangan dengan semangat Perlembagaan yang menjamin kebebasan
berhimpun.
Mahkamah Rayuan minggu lalu memutuskan bahawa perintah majistret Kuala
Lumpur, Zaki Asyraf yang melarang perhimpunan 'Bersih 3.0 Duduk Bantah'
sebagai tidak sah.



0 orang berkata:
Post a Comment