• Hannah Yeoh
1 / 1
SHAH ALAM - Susulan perletakan jawatan Lee Chin Cheh dari PKR sebagai Adun Kajang,  Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz  Mohd Yusof menyatakan pihaknya tidak akan terburu-buru untuk mengambil sebarang tindakan susulan  berhubung perkara itu.

Menurutnya, Adun tersebut mungkin akan berubah fikiran  dalam hal tersebut (peletakan jawatan), namun pun begitu pihaknya tetap menunggu surat tersebut daripada Speaker Selangor, Hannah Yeoh.

“Tidak boleh terburu-buru, dia (Adun) tersebut mungkin merubah fikirannya malam ini.

“…namupun begitu kita akan tetap menunggu surat peletakan tersebut…. baru kita akan buat tindakan lanjut.

“…kita tengok surat itu, dan baru kita akan rujuk  kepada Pegawai Undang-Undang SPR, untuk buat keputusan” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Menurut laporan media hari ini Chin Cheh telah meletakkan jawatan sebagai Adun Kajang hari ini.

Menurut sumber, Adun tersebut sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dun Selangor Hannah Yeoh yang baru sahaja mengesahkan kekosongan kerusi itu.