Perjuangan PKR lebih berkisar soal peribadi
PUTRAJAYA - Rakyat Selangor seharusnya mengambil iktibar daripada
perkembangan semasa di negeri itu untuk melihat dengan jelas bahawa
perjuangan PKR sebenarnya lebih banyak berkisar soal peribadi daripada
perjuangan untuk rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata Selangor menyaksikan perkembangan politik yang agak gawat dan gamat sejak beberapa bulan lepas, apabila kepimpinan PKR dilihat banyak berbalah sesama sendiri, langsung tidak menampakkan sebarang permuafakatan antara mereka.
Katanya mereka mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dalam pelbagai isu, mengabaikan tanggungjawab dalam kepimpinan negeri, di samping mengenepikan pelbagai isu yang timbul disebabkan konflik sesama sendiri.
"Saya tidak tahu adakah itu gambaran sebenar (sehingga) mengakibatkan mungkin adanya pilihan raya kecil (Dewan Undangan Negeri) nanti, tapi bagi saya ini iktibar bagi orang Selangor untuk melihat bahawa sebenarnya perjuangan PKR ini lebih banyak berkisar soal peribadi daripada perjuangan untuk rakyat," katanya dalam satu persidangan media selepas menyampaikan perutusan Tahunan 2014 Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.
Beliau berkata demikian semasa mengulas tindakan wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh yang meletak jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kajang semalam, yang menimbulkan pelbagai spekulasi kemungkinan jawatan itu diambil alih Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pagi ini dalam satu persidangan media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menamakan Anwar sebagai calon, seandainya pilihan raya kecil diadakan.
Muhyiddin berkata sepertimana biasa Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon untuk bertanding apabila ada pilihan raya dalam negara, tanpa mengira siapa yang bertanding di pihak pembangkang.
"Kawasan ini (Dun Kajang) adalah kawasan MCA, kalau dah diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti (mengenai pilihanraya kecil), kita akan buat keputusan bagaimana nak hadapi pilihan raya kecil itu nanti," katanya.
"Apa pun kita akan putuskan secara muktamad selepas pengumuman SPR, saya tidak boleh mendahului SPR," kata beliau.
Pilihan raya umum 2013 menyaksikan Lee memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru membabitkan calon dari BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Semasa diminta mengulas kemungkinan Anwar bertanding semata-mata untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor, Muhyiddin berkata: "Saya tak tahu, wallahuaklam (Allah jua yang lebih mengetahui), saya tak akan komen atas khabar angin, saya tak tahu apa tujuan kalau dia dah bertanding, dia nak jadi Adun saja kot, kalau dia minat nak jadi Adun tak apalah".
Sementara itu merujuk kepada pengambilalihan pembekalan air Selangor, Muhyiddin berkata beliau sudah meminta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) meneliti pelbagai saranan kerajaan Selangor untuk melaksanakan pengambilalihan operasi pembekalan air daripada empat syarikat pemegang konsesi terbabit.
Katanya beliau selaku pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor akan mengadakan satu lagi mesyuarat minggu depan untuk menimbang segala aspek berhubung pengambilalihan itu, sebelum dibawa kepada jemaah menteri untuk keputusan muktamad. - Bernama

1 orang berkata:
qihang0606chanel outlet
michael kors handbag
christian louboutin sale
fitflops outlet
burberry scarf
coach outlet
true religion
ralph lauren uk
pandora jewelry
prada outlet
coach outlet
abercrombie
gucci uk
michael kors bags
cheap oakley sunglasses
tory burch handbags
air max 95
coach factory outlet
kate spade bags
coach outlet store online
coach factory outlet
ray ban glasses
polo ralph lauren
coach outlet online
hollister clothing store
chanel bags
oakley sunglasses
tory burch shoes
burberry outlet
michael kors outlet
cheap jerseys
oakley sunglasses sale
burberry outlet online
cheap jordans
cheap oakleys
toms outlet
michael kors uk
ralph lauren outlet
gucci outlet online
chanel handbags
q
Post a Comment