Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ATE ? SAPE MB SELANGOR ? KALO ANUAR MB, KHALID PM ?

28/01/14

Anwar: Selangor asas Pakatan Rakyat tawan Putrajaya PRU-14

PETALING JAYA 28 JAN: Selangor menjadi landasan penting dalam usaha Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ketiga-tiga parti akan memberi tumpuan kepada gerak kerja pilihan raya kecil DUN Kajang yang bakal berlangsung.

“Keputusan kita bersama untuk memastikan pimpinan Pakatan Rakyat seluruhnya bergerak menjadikan Selangor sebagai asas kuat.

“Kita menyokong prestasi baik kerajaan negeri Selangor sekarang untuk menjadi landasan penting membuktikan keupayaan kita untuk mengambilalih Putrajaya,” kata Anwar dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Sebelum itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid mengumumkan Anwar akan bertanding di kerusi DUN Kajang .

Katanya, dengan penyertaan Ketua Pembangkang Parlimen itu ke negeri Selangor mampu meneruskan kecemerlangan Kerajaan Selangor.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi DUN Kajang pada 5 Februari ini.

EZY

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.