• Abdul Khalid Ibrahim Abdul Khalid Ibrahim
1 / 1
KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan PR mencapai konsensus dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah berhubung perkara itu.
  
Bagaimanapun, katanya sehingga kini tiada perbincangan dilakukan pucuk pimpinan tiga parti dalam pakatan itu mengenai perkara berkenaan.
  
"Saya boleh berundur sekiranya PR mencapai konsensus untuk menggantikan saya tetapi tiada perbincangan mengenainya sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' di sini, hari ini.
  
Buku itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin kononnya beliau akan melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor, dengan spekulasi Anwar bakal betanding kerusi Dun kawasan Kajang.

Ini berikutan peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh hari ini.
  
Mengulas peletakan jawatan Lee, Abdul Khalid berkata, perkara itu sudah dijangka berikutan ura-ura mengenainya didengar sebelum ini.
 
"Saya tidak terkejut dengan tindakan Adun (Lee) terbabit kerana ada mendengar mengenainya sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata beliau tidak mengadakan perbincangan dengan Anwar mengenai perkara itu kerana tidak mahu membelakangkan Institusi Raja.
 
 "Sebagai Menteri Besar,  kalau apa sahaja nak dilakukan, (saya) perlu mendapat nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan (Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya kepada pemberita selepas program penyampaian limau Mandarin kepada orang ramai sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Pelabuhan Klang hari ini.
  
Sambil menafikan laporan sebuah portal bahawa beliau mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk membincangkan perkara itu pada Ahad lepas, Abdul Khalid menjelaskan perbincangannya dengan Anwar hanya berkisar mengenai jentera PKR.
  
Ditanya mengenai desakan sekumpulan pemimpin PKR supaya meletakkan jawatan, beliau berkata:"...(ia) boleh buat tapi perlu melalui proses yang betul."
 
Ketika ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Menteri Besar, Abdul Khalid berkata:"Saya sekarang Menteri Besar, tak payah mempertahankan jawatan. Sesiapa yang berminat pun, dia mesti melalui proses (sewajarnya)."
     
Menurutnya sesiapa yang mahu bertanding kerusi Dun juga perlulah tinggal di mana-mana kawasan dalam Selangor.
  
Speaker Dun Selangor Hannah Yeoh Tseow Suan pula berkata berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959,  Menteri Besar Selangor mestilah orang Melayu dan beragama Islam.
  
Yeoh berkata demikian ketika ditanya mengenai syarat-syarat pelantikan Menteri Besar semasa sidang akhbar bagi mengumumkan peletakan jawatan Lee hari ini.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, beliau tidak mengadakan perbincangan dengan Anwar mengenai perkara itu kerana tidak mahu membelakangkan Institusi Raja.
 
"Sebagai Menteri Besar,  kalau apa sahaja nak dilakukan, (saya) perlu mendapat nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan (Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya kepada pemberita selepas program penyampaian limau Mandarin kepada orang ramai sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Pelabuhan Klang hari ini.
  
Sambil menafikan laporan sebuah portal bahawa beliau mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk membincangkan perkara itu pada Ahad lepas, Abdul Khalid menjelaskan perbincangannya dengan Anwar hanya berkisar mengenai jentera PKR.
 
Ditanya mengenai desakan sekumpulan pemimpin PKR supaya meletakkan jawatan, beliau berkata:"...(ia) boleh buat tapi perlu melalui proses yang betul."
 
Ketika ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Menteri Besar, Abdul Khalid berkata:"Saya sekarang Menteri Besar, tak payah mempertahankan jawatan. Sesiapa yang berminat pun, dia mesti melalui proses (sewajarnya)."
     
Menurutnya sesiapa yang mahu bertanding kerusi Dunjuga perlulah tinggal di mana-mana kawasan dalam Selangor.
  
Speaker Dun Selangor Hannah Yeoh Tseow Suan pula berkata berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959,  Menteri Besar Selangor mestilah orang Melayu dan beragama Islam.
  
Yeoh berkata, demikian ketika ditanya mengenai syarat-syarat pelantikan Menteri Besar semasa sidang akhbar bagi mengumumkan peletakan jawatan Lee hari ini. - Bernama