Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 28 Januari 2014

Bekas Adun Kajang Jelaskan Kenapa Beliau Meletakkan Jawatan

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan mengatakan beliau mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kepentingan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Lee yang baru sahaja menjadi Adun selepas pilihan raya 5 Mei lalu juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi Kajang yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat.
"Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor," kata Lee dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat DUN N25 Kajang."

Sumber PKR mengatakan peletakan jawatan Lee bertujuan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut bagi membolehkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun satu lagi sumber mengatakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bakal mengisi kekosongan kerusi DUN tersebut.Surat peletakan jawatan Lee diserahkan kepada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh.
Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam PRU13
Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.Menurut undang-undang, kata Yeoh, Suruhanjaya Pilihan Raya harus mengadakan pilihan raya di kerusi DUN Kajang dalam tempoh 60 hari. 
The Star Online melaporkan pagi ini Abdul Khalid sudah bersetuju untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dalam masa terdekat.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.