Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 29 Januari 2014

PRK Kajang : Dr Asri Kecam Tindakan PKR

Tindakan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini menunjukkan mereka tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bekas Mufti Perlis itu berkata, sekiranya benar PKR menggantikan Lee Chin Cheh dengan Anwar semata-mata mahu menyelesaikan kemelut dalaman antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jelaslah parti itu sanggup gadai kepentingan rakyat demi beberapa individu dalam parti.

"Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider, di Kuala Lumpur.

Mohd Asri berkata, dengan tindakan sedemikian, pilihan raya kecil (PRK) hanya akan menjadi "mainan" kepada parti tersebut.

"PRK melibatkan perbelanjaan orang awam. Lama-lama nanti pilihan raya hanya akan jadi mainan," katanya.

Anwar hari ini disahkan menjadi calon PKR di DUN Kajang selepas Lee memutuskan untuk mengundurkan diri "demi kebaikan PKR."

Dipercayai tindakan Anwar itu adalah bagi menyelesaikan kemelut antara Azmin dan Abdul Khalid di Selangor.

"PKR bersama Pakatan Rakyat (PR) setuju letak Anwar sebagai calon DUN Kajang," kata Abdul Khalid kepada pemberita pada sidang media di Petaling Jay,  pagi tadi.

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan PKR meletakkan Anwar, Abdul Khalid berkata:"Kalau saya tidak setuju saya tiada di sini."

Anwar yang turut hadir pada sidang media tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut spekulasi beliau bertanding di DUN Kajang bagi mengambil alih kedudukan menteri besar Selangor daripada Abdul Khalid.

"Itu sekadar spekulasi ... tidak berbangkit isu itu," kata Anwar.Anwar berkata, keputusan meletakkan beliau sebagai calon di DUN Kajang akan digunakan sebagai lonjakan prestasi khidmat PKR kepada masyarakat di kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, PKR akan menjelaskan kepada pengundi Kajang keperluan untuk pilihan raya kecil di DUN berkenaan.

"Kami akan jelaskan, Khalid, Azmin akan membantu. DAP dan PAS penting, semua perlu untuk pengundi Kajang tahu kenapa kami perlu PRK ini," katanya.

Katanya, cadangan beliau untuk bertanding di kerusi berkenaan juga diutarakan oleh rakan komponen pembangkang itu daripada PAS dan PKR.
"Ada konsensus dalam PKR, dan kami bawa kepada DAP dan PAS untuk mencalonkan saya, saya tiada pilihan kecuali untuk bertanding.TMI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.