Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

12 January 2014

Hakim Abdul Rahman Sebli yang takutkan Allah,berilah keadilan kepada pempetisyen,Ridzuan Asit.


Posted by mantaro on Sunday, January 12, 2014 0 comments


Kenyataan Media PJ PAS Perak,Tuan Haji Razman Zakaria.Beri keadilan kepada Mohd Ridzuan Asit Pempetisyen.

Dalam pilihanraya umum ke 13 yang lalu, kerusi Dun Lubuk Merbau telah ditandingi calon Pas, Haji Mohd Zainudin bin Mohd Yusof. Hasil dari keputusan pilihanraya tersebut di mana Suruhanjaya Pilihanraya telah mengisytiharkan bahawa calon Barisan Nasional, Dato' Siti Salmah binti Mat Jusak memenangi kerusi tersebut, seorang pengundi yang berdaftar di Dun Lubuk Merbau, Mohd Ridzuan bin Asit telah memfailkan petisyen pilihanraya mencabar kemenangan calon Barisan Nasional tersebut.

Pada peringkat awal di Mahkamah Pilihanraya, petisyen pilihanraya tersebut telah ditolak oleh hakim setelah pihak responden membangkitkan beberapa bantahan awal. Namun pempetisyen telah merayu ke Mahkamah Persekutuan. Pada 23.12.2013, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan rayuan dan menghantar semula kes ke Mahkamah Pilihanraya untuk dibicarakan.
Dalam situasi kebanyakan petisyen pilihanraya yg difailkan oleh Pas dan Pakatan Rakyat ditolak, keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut memberikan sinar terhadap persepsi masyarakat terhadap sistem kehakiman di negara ini.
Pas Perak turut mengikuti perkembangan perbicaraan kes yang dijalankan di Mahkamah Pilihanraya di hadapan Yang Arif Dato' Abdul Rahman bin Sebli dari 08,9 dan 10 Januari 2014.
Namun sesi perbicaraan yang diharapkan bermula dengan saksi-saksi sepatutnya memberikan keterangan tidak berlaku, pempetisyen dan peguam-peguam yang mewakili pempetisyen juga tidak dibenarkan berhujah.
Pas Perak melahirkan rasa dukacita terhadap situasi ini dan berharap agar kes petisyen didengar berdasarkan merit kes. Pas Perak juga menzahirkan sokongan terhadap pempetisyen, Mohd Ridzuan bin Asit dan berharap keadilan diberikan kepadanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.