16 Januari, 2014
Temberang Sultan Melaka Terbongkar?
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan sijil pengiktirafan
sebagai waris kesultanan Melayu Melaka milik Noor Jan Tuah adalah palsu.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (gambar) berkata pejabat
Yang Dipertua Negeri Melaka telah menerima surat daripada pihak ICJ di
the Hague, Belanda, pada September tahun lepas menyatakan Noor Jan
sebagai pembohong.
"Kenyataan Noor Jan adalah pembohong besar jelas dinyatakan dalam
pengakuan pihak ICJ yang ditulis kepada kami," katanya kepada pemberita
selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri di
Melaka, hari ini.
Baru-baru ini, Idris menerima surat daripada Noor Jan yang mahu
perbincangan dilakukan bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai "Sultan
Melaka" kerana mendakwa beliau telah mendapat pengiktirafan daripada
ICJ.
Noor Jan, 57, bagaimanapun ditahan polis pada 10.50 pagi semalam di jeti
Anjung Batu, Umbai dekat sini sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar
untuk melakukan aktiviti bersama pengikutnya.
Polis pada hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Majistret bagi menahan
reman Noor Jan selama empat hari untuk membantu siasatan kes dia
mendakwa dirinya Sultan Melaka.
Dalam perkembangan lain, Idris berkata kerajaan negeri Melaka akan tetap
melakukan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 secara
bersemuka kepada rakyat negeri itu berbanding penggunaan kaedah
penyaluran ke akaun bank.
Beliau berkata proses penyerahan akan dibuat seperti sebelum ini melalui
wakil rakyat dan pegawai kerajaan yang turun padang untuk menyerahkan
baucar tunai kepada penerima.
"Kaedah ini dilakukan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara wakil
rakyat dengan penduduk negeri ini di samping kami menggunakan masa ini
untuk menyatakan rasa terima kasih kami kepada pengundi," katanya.
Beliau berkata setakat ini, seramai 185,000 pemohon telah mendaftar bagi mendapat BR1M di negeri ini.
Kerajaan sebelum ini memperkenalkan langkah terbaru penyaluran BR1M ke
akaun bank penerima bagi mengelak mereka beratur panjang di program
tersebut. ~bernama
Addin:
Jikalau betul bulan September terima surat dari ICJ.. kenapa sekarang baru dedah kepada media. Sultan Melaka pun tak boleh nak percaya, KM Melaka pun susah nak percaya..



0 orang berkata:
Post a Comment