Dua pemimpin SAMM dipanggil beri keterangan
SHAH ALAM - Berikutan perhimpunan pada 31 Disember 2013 lalu, dua
pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dipanggil hadir ke Balai
Polis Dang Wangi untuk memberi keterangan.
Mereka adalah pengasas SAMM Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin dan Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan.
Menurut Pengarah Sekretariatnya, Isamuddin Sanusi, kedua-dua pemimpin tersebut telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari seorang pegawai polis meminta supaya mereka hadir ke IPD tersebut.
“Pengasas SAMM saudara Chegu Bard dan Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan masing-masing telah menerima SMS tersebut dari seorang pegawai yang perkenal diri sebagai ASP Suhaimi. Kedua-duanya diminta hadir ke IPD Dang Wangi jam 3 petang hari ini.
“Panggilan untuk hadir ke balai melalui SMS tidak memenuhi keperluan notis 111, namun kedua-dua wakil SAMM tetap berjiwa besar untuk memberi kerjasama kepada pihak polis walaupun tidak terlibat dalam sebarang penganjuran pada himpunan malam 31 Disember,” katanya menerusi satu kenyataan medianya hari ini.
Dalam pada itu, Isamuddin turut menjelaskan bahawa perhimpunan anjuran rakyat pada malam tersebut juga berlangsung dengan aman, tidak seperti yang digambarkan secara melampau oleh pihak polis sebelumnya.
“SAMM turut bersimpati dengan pihak polis yang mengikut telunjuk regim, mengerah seberapa ramai anggota untuk berkawal sedangkan tidak berlaku huru-hara dan rakyat bijak mengawal diri.
“Ketika masa yang sama, anggota yang berkawal di Dataran Merdeka terpaksa meninggalkan pos kawalan mereka menjadikan penjenayah di malam tahun baru lebih bebas',” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment