Isu PKNS: Teresa letak jawatan
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memilih untuk melepaskan
jawatan disandangnya dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
sebagai wakil komponen PR yang pernah menganggotai ahli lembaga pengarah
perbadanan itu.
Menurutnya, beliau meletak jawatan selaku ahli lembaga pengarah kerana tidak lagi berada di Selangor.
“Saya suarakan hasrat untuk letak jawatan sebelum kontroversi ini
tercetus dan perkara itu telah dibawa dalam perbincangan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) bersama Exco.
“Saya letak jawatan sebab saya tidak lagi berada di Selangor. Oleh itu, saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan bagi pihak PKNS,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
“Saya letak jawatan sebab saya tidak lagi berada di Selangor. Oleh itu, saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan bagi pihak PKNS,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Teresa turut memaklumkan bahawa rakyat boleh menilai
kedua-dua kenyataan yang dikemukakan kerajaan negeri dan PKNS berhubung
kemelut ini.
Sebelum ini, Teresa mewakili DAP sebagai wakil komponen PR Selangor yang dipilih menganggotai ahli lembaga pengarah PKNS sewaktu menyandang kerusi Adun Kinrara, manakala Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali mewakili PKR dan Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad mewakili Pas.

0 orang berkata:
Post a Comment