Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielak
-
Sebahagian pengusaha bas sekolah daerah Hilir Perak hanya mengenakan tambang yang diluluskan oleh kerajaan sejak Ogos 2009 lagi.
TELUK INTAN - Persatuan Bas Sekolah Hilir Perak mengakui terpaksa
menaikkan kadar tambang bas bagi menampung kos perkhidmatan lain selaras
dengan kenaikan minyak yang diumumkan kerajaan.
Pengerusinya, P Selvaraju berkata, meskipun memahami keresahan ibu bapa, namun kenaikan tambang lebih kurang 20 peratus itu dianggap tepat pada masanya bagi mengelak pengusaha menanggung kerugian lebih besar.
Menurutnya, pengusaha bas sekolah di daerah ini juga dalam keadaan tersepit kerana mereka perlu naikkan harga tambang bas sekolah atau mereka terus menerus menanggung kerugian.
“Tambang yang ditetapkan mengikut kawasan itu juga sebenarnya tidak membebankan apatah lagi ia kenaikan pertama dilakukan pengusaha dalam tempoh lima tahun bermula 2009 lalu.
“Sebelum ini, pengusaha bas menetapkan harga tambang bas kurang daripada yang ditetapkan oleh Lesen Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang menaikkan harga pada Ogos 2009 lagi.
“Kami faham dengan situasi keluarga murid, pengusaha bas sekolah Daerah Hilir Perak tidak menaikkan harga tersebut sehinggalah pada Januari 2014, selepas lima tahun membantu mereka,” katanya kepada pemberita, disini, semalam.
Selvaraju berkata, harga yang ditetapkan oleh LPKP sejak Ogos 2009 dengan kadar RM27.43 bagi kilometer (KM) pertama dan RM2.02 setiap km berikutnya bagi kawasan bandar.
Katanya, bagi kawasan luar bandar, LPKP telah menetapkan RM20.61 bagi km pertama dan RM2.02 bagi km seterusnya.
Namun beliau menjelaskan, pihaknya tidak naikkan harga yang ditetapkan oleh LPKP sejak Ogos 2009 kerana mahu membantu golongan ibu-bapa.
“Kami tangguhkan dahulu sejak ianya diluluskan lima tahun lalu kerana mahu membantu ibu-bapa tetapi pelbagai kos telah naik dan turut membebankan kira –kira 40 pengusaha bas di daerah ini.
“Pengusaha bas terpaksa menaikkan tambang bas kerana sudah tidak sanggup tanggung rugi. Kami juga ada keluarga yang perlu diberikan makan” katanya.
Beliau turut meminta pihak bertanggungjawab untuk membantu pengusaha bas yang kini kian tersepit dengan pelbagai masalah untuk meneruskan lagi perkhidmatan mereka.
Menurutnya, beliau pelik ada ibu bapa sanggup membayar lebih untuk menggunakan perkhidmatan van sekolah haram.
Katanya, tindakan itu jelas menyebabkan pengusaha bas yang mempunyai permit dan lesen mengalami kerugian dan minta kepada pihak bertanggungjawab untuk ambil tindakan tegas untuk atas masalah itu.
“Berkenaan harga baharu yang akan ditetapkan oleh SPAD bakal diumumkan pada Mac ini, kami akan bincang sebelum sebarang keputusan diambil,” katanya.
Sementara itu, Ahli jawatankuasa Persatuan Bas Sekolah Daerah Hilir Perak, Hamid Mohd Isa berkata, pihaknya menafikan kenaikan harga tambang bas naik sehingga lebih kurang 40 peratus.
Menurutnya, harga yang dinaikkan itu adalah selaras tarif yang diluluskan oleh LPKP pada Ogos 2009 namun sebelum ini mereka tidak naikkan harga seperti mana yang ditetapkan oleh pihak LPKP kerana ingin menolong ibu bapa.
“Ibu bapa perlu faham, pengusaha bas tidak mengenakan harga baharucuma pengusaha bas mengikut tarif harga yang telah diluluskan oleh LPKP pada Ogos 2009 lagi mulai Januari 2014 ini,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment