Kenyataan Ku Nan tak bertanggungjawab, kata PKR
SHAH ALAM - Kerajaan Umno-BN perlu berhenti menyebarkan retorik kepada
rakyat sebaliknya mencari idea serta dasar untuk menangani masalah
inflasi dengan efektif, tegas Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Peringatan itu dilontarkan beliau ekoran kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkaitan isu orang tengah, yang pada hematnya suatu perbuatan tidak bertanggungjawab.
"Kenyataan yang dibuat Tengku Adnan semalam yang menyelar orang tengah yang kononnya cuba menimbulkan kebencian terhadap kerajaan BN adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan amat dikesali, lebih-lebih lagi apabila menteri membuat andaian bahawa pihak yang menaikkan harga adalah terdiri daripada penyokong PR.
"Tengku Adnan dan kerajaan Umno-BN perlu menghentikan retorik yang tidak berasas seperti ini dan sebaliknya berusaha untuk mengetengahkan idea-idea dan dasar-dasar yang dapat menangani isu inflasi dengan efektif," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Tengku Adnan atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Nan semalam mendedahkan, kenaikan harga barangan antara lain berpunca daripada tindakan tidak bertanggungjawab orang tengah yang cuba menimbulkan kebencian terhadap kerajaan.
Tengku Adnan berkata, dengan menaikkan harga barangan pada kadar tidak munasabah berbanding pengurangan subsidi, rakyat akan menyalahkan kerajaan tanpa menyedari taktik kotor itu.
"Kita sedar banyak orang tengah ini menyokong pembangkang.
"Apa yang dilakukan mereka ini gunakan kaedah ini supaya rakyat benci kepada kerajaan BN," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi juga berkata tindakan pemimpin BN itu adalah cubaan untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu sebenar.
"Kenyataan menteri ini adalah cubaan untuk mengalih pandangan umum daripada isu sebenar, bahawa kenaikan harga barang timbul daripada kegagalan dasar pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangani kenaikan inflasi yang mendadak," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment