Himpunan aman bertukar kecoh
BUKIT MERTAJAM - Perhimpunan aman mengecam tindakan biadab Ahli Dewan
Undangan Negeri Machang Bubuk, Lee Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam
mulut patung menyerupai perdana menteri bertukar kecoh apabila seorang
penunggang motosikal menjerit kata-kata kesat ke arah kumpulan itu.
Perhimpunan anjuran Umno bahagian Bukit Mertajam yang dihadiri kira-kira 300 orang itu diadakan di hadapan Pusat Khidmat Adun Machang Bubuk di Alma, di sini bermula pukul 10.30 pagi ini.
Tindakan lelaki berusia lewat 30-an yang memberhentikan motosikal ketika melalui kawasan perhimpunan serta menjerit perkataan kesat itu beberapa kali menyebabkan peserta perhimpunan mengejar lelaki terbabit sebelum cuba memukulnya.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pihaknya kesal dengan tindakan lelaki terbabit kerana menimbulkan perasaan marah di kalangan mereka yang menghadiri perhimpunan aman itu.
Mengulas tentang perhimpunan aman itu, Musa yang juga Ketua Umno bahagian Bukit Mertajam berkata perhimpunan yang disertai pertubuhan bukan kerajaan dan Kumpulan Kebajikan Melayu itu juga bertujuan membantah tindakan Khai Loon yang menghina Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata orang Melayu di Pulau Pinang terutama penduduk di Machang Bubuk mahu wakil rakyat berkenaan tampil memohon maaf atas tindakannya itu.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Rahmad Isahak yang turut menyertai perhimpunan itu berkata Khai Loon sepatutnya membantu peniaga kecil terutama yang berniaga di tepi jalan yang ketika ini dilanda masalah kerana Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mahu meroboh gerai mereka.
Jeritan kata-kata kesat kedengaran dilemparkan kepada lelaki itu ketika kumpulan
"Bantu rakyat di kawasan ini dan cuba selesaikan masalah mereka terutama peniaga di tepi jalan yang sekarang ini terhimpit akibat tindakan MPSP dan janganlah bertindak biadab seperti itu," katanya. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment