Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MIC kutuk serangan ke atas Kamalanathan, kata Palanivel

January 15, 2014
Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan mendapatkan rawatan di hospital selepas diserang, Ahad lalu. Gambar fail.Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan mendapatkan rawatan di hospital selepas diserang, Ahad lalu. Gambar fail MIC mengutuk keras tindakan seorang lelaki menyerang Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Presidennya, Datuk Seri G Palanivel, berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tiada menteri atau timbalan menteri ditumbuk dalam sejarah negara ini.

"Saya sudah bercakap dengan Kamalanathan mengenai perkara ini. Ia tidak seharusnya berlaku dan saya tidak tahu kenapa ia terjadi. Mungkin Kamalanathan bersetuju dengan permintaan lelaki itu untuk seorang guru ditukarkan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden seorang lelaki menumbuk Ahli Parlimen Hulu Selangor itu di pejabat pusat khidmat ahli parlimen itu di Bukit Beruntung, Rawang, Ahad lalu.

Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata ahli MIC membuat beberapa laporan polis berhubung kejadian itu dan berharap polis akan mengambil tindakan terhadap lelaki itu.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam pula meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap pelaku bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.

"Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota pentadbiran, kita tidak boleh sentiasa menunaikan semua permintaan orang ramai. Jika kita membiarkan sebarang bentuk ugutan menjejaskan tugas kita, maka ini akan mendorong kepada wujudnya sebuah masyarakat yang tidak menghormati undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, di Shah Alam, Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata kertas siasatan berhubung insiden itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya esok untuk arahan selanjutnya.

Dalam kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas hari ini, beliau berkata polis merakamkan percakapan daripada 20 saksi termasuk suspek kes itu.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Seksyen itu memperuntukan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama, 15 Januari, 2014.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.