Nik Aziz: Perbincangan lebih baik daripada ISA
SHAH ALAM - Susulan khabar angin mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) akan dihidupkan kembali, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat menyatakan ruang perbincangan mampu menyelesaikan konflik
daripada memperkenalkan semula ISA.
Beliau melalui laman Facebooknya juga berkata ISA adalah undang-undang yang tidak bertamadun dan kejam untuk menyelesaikan konflik.
"ISA ialah undang-undang kejam dan tidak bertamadun. Untuk menyelesaikan konflik, boleh gunakan saluran undang-undang yang ada.
"...jika segala ruang perbincangan telah digunakan, saluran undang-undang menjadi pilihan. Itupun melalui perbicaraan yang adil.
"Masalahnya, ruang perbincangan tidak dibuka, perdebatan yang matang langsung tidak berlaku bahkan perbicaraan yang adil hanya tinggal mimpi sahaja, alih-alih ISA mahu digunakan," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula ISA bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.
Dr Mahathir menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.
"Untuk golongan pelampau sebegini, kita memerlukan ISA. ISA tidak diperlukan untuk orang macam saya kerana saya seorang yang sangat bagus," katanya.
Susulan itu, memetik laporan portal berita The Malaysia Insider yang melaporkan Putrajaya dipercayai sedang berkempen untuk menghidupkan semula ISA apabila ketua polis negara, timbalan menteri dalam negeri dan akhbar Umno Utusan Malaysia melahirkan hasrat agar ia dihidupkan semula secara serentak.
Ketika Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap agar ISA dihidupkan semula, akhbar Umno pula menyokong agar ia dikembalikan manakala timbalan menteri KDN berkata, Sosma yang rangka untuk menggantikan ISA tidak bertaring.
Utusan Malaysia hari ini menyokong supaya ISA dikembalikan semula kerana pemansuhannya menyebabkan keharmonian kaum dan agama di negara tergugat, lapor portal itu lagi.
Dalam perkembangan sama, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya turut menyatakan ISA adalah undang-undang lapuk yang diperkenalkan oleh penjajah barat.
"ISA undang-undang lapuk, zaman penjajah British dan anti nilai-nilai hak asasi.
"Tak ada mana-mana negara maju yang ada undang-undang sebegini," tulisnya di laman mikro Twitternya, hari ini.

0 orang berkata:
Post a Comment