Pengikut 'Ajaran Harun' tukar pengakuan
KUANTAN - Tiga daripada enam pengikut ajaran sesat 'Ajaran Harun'
menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di
sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dokumen yang bercanggah dengan
syariat Islam pada April tahun lepas.
Pada 14 Mei 2013, Husin Ismail, Mohd Khalilie Zazali dan Mohd Nizam Mohd Salleh serta tiga yang lain, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di B16-1st, Lorong Pandan Damai 2/201, Kuantan pada 6.50 petang, 4 April 2013.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang memperuntuk hukuman denda tidak lebih RM500.
Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM1,000 tiap seorang dengan seorang penjamin.
Hakim Syarie Abdul Wahid menetapkan 24 April untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang Mohd Fahmi Abd Jalil.
Sementara itu, Mohd Fahmi ketika ditemui pemberita berkata waran tangkap terhadap tiga lagi tertuduh yang tidak hadir pada hari ini iaitu Pius Anahong@Mahdi Abdullah, Syahiszam Soid dan Mohd Shahril Mohd Jaafar akan dilanjutkan kepada tarikh yang sama.
Mahkamah juga menangguhkan sebutan semula kes ketua ajaran kumpulan itu, Harun Mat Saat, 47, berkaitan pertuduhan sama, pada 6 Februari.
Ini berikutan Harun tidak dapat hadir di mahkamah kerana menghadiri pengurusan kes bunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raffli Abd Malek di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini.- Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment