• Penunjuk perasaan mula 'tutup' Bangkok Penunjuk perasaan telah mula menghalang jalan di sekitar Bangkok - Foto Ihsan BBC
1 / 1
BANGKOK, THALAIND. Penunjuk perasaan telah mula menghalang jalan di sekitar Bangkok, dalam usaha untuk mengguling kerajaan sebelum pilihan raya umum pada 2 Februari ini.

Mereka mula membina tambak-tambak dan menduduki persimpangan jalan utama.
Kerajaan telah mengerahkan 18,000 anggota keselamatan untuk berkawal.

Penunjuk perasaan yang telah memulakan kempen sejak November lalu menuntut Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra diganti.

Mereka mendakwa, Yingluck adalah proksi kepada abangnya yang juga bekas Perdana Menteri, Thaksin yang diguling oleh tentera pada tahun 2008.

Sekurang-kurangnya lapan orang telah terbunuh sejak protes bermula tahun lalu.
Sabtu lalu, tujuh cedera apabila penembak mula melepaskan tembakan di tengah-tengah penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan merancang untuk menghalang beberapa jalan utama dan mengepung kementerian utama dalam rangka untuk menghalang ia beroperasi.
150 buah sekolah telah diarahkan tutup.

Penunjuk perasaan berkata bakal kekal di sana untuk beberapa hati tetapi tidak mensasarkan pengangkutan awam atau lapangan terbang.

“Saya mahu mengumumkan bahawa rakyat jelata tidak akan menerima sebarang cadangan atau rundingan.

“Dalam pertandingan ini, kekalahan adalah kekalahan, kemenangan adalah kemenangan. Tiada keputusan seri. Tiada situasi menang-menang. Hanya kemenangan di sebelah pihak,” kata pemimpin penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban.