Perutusan Maulidur Rasul Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menjelang
sahaja 12 Rabiul Awal, maka kita umat Islam pasti terkenangkan Baginda
Muhammad SAW kerana pada tarikh tersebut junjungan mulia dilahirkan.
Sungguhpun begitu, mengingati Rasulullah SAW pastinya tidak sekadar
khusus pada 12 Rabiul Awal semata-mata. Junjungan kita yang menyampaikan
pesan wahyu itu haruslah dingati sepanjang masa.
Risalah yang berpaksi tauhid, mengithbatkan Allah, menafikan patung
dan menuntut pembaharuan dan perubahan menyeluruh sistem kehidupan.
Demikian di rumuskan sebagai obor yang membawa pencerahan, membebaskan
manusia, dasar zalim dan bobrok.
Justeru, dalam menghadapi malapetaka yang menimpa umat dari
Afghanistan ke Iraq, Syria, Mesir dan bumi Palestin, serta kekeliruan
dan kedangkalan fahaman umat termasuk dalam negara kita, marilah kita
jadikan sambutan Maulud untuk memperkuat tekad, meningkat ilmu dan amal
selaras dengan risalah perdamaian, keadilan dan rahmatan Lil aalamin!
Anwar Ibrahim
Ketua Umum Parti KEADILAN Rakyat


0 orang berkata:
Post a Comment