Rabu, 15 Januari 2014
Semua perancangan Najib terhempas sebelum terbang.
Setakat apa yang sedang berlaku
dan kita alami hari ini, sudah sepatutnya PM Najib tidak lagi berfikir panjang
untuk meletakkan jawatan beliau dan menyerahkan politik kepada kepimpinan baru.
Dalam kepimpinan sekarang tidak ada yang sanggup bertanggungjawab untuk
bersama-sama menegur kesilapan dan kesalahan Najib. Muhyidinn mendiamkan diri,
semua Naib Presiden langsung tidak nampak apa yang mereka perlu lakukan kerana
mereka merasakan yang menegur dan berusaha untuk menganjak dan mengalih
kepimpinan Najib kerana takut kehilangan apa yang mereka nikmati.
Pendeknya tidak seorang pun dalam
kabinet dan Majlis Tertinggi parti berani memberikan nasihat dan menegur pucuk
pimpinan sedangkan itu adalah tanggungjawab mereka untuk melakukannya. Akhirnya
seluruh barisan pimpinan tertinggi UMNO dan BN hanya membisu tetapi tidak pula
menahan diri mereka dari mengumpat pucuk pimpinan mereka dibelakang PM yang
paling ‘controversial’ dalam sejarah negara.
Dalam lain perkataan seluruh
pimpinan tertinggi UMNO terutamanya, tidak boleh diyakini mampu untuk bertindak
dengan penuh tanggungjawab. Mereka semua hanya berbuat tidak tahu sahaja
seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dan membiarkan sahaja perkara yang
menderitakan rakyat berbilang kaum dalam negara ini. Justeru UMNO itu sendiri
dijadikan benteng untuk melindungi semua kegiatan tidak bermoral yang dilakukan
oleh pimpinan-pimpinan parti itu.
Sepatutnya UMNO menjadi pelindung
kepada rakyat serta mempastikan pimpinan mereka tidak berlaku sumbang terhadap
rakyat lebih-lebih lagi kepada bangsanya sendiri. Kita tidak dapat bayangkan
betapa tidak bertanggungjawabnya UMNO terhadap bangsa Melayu itu sendiri kerana
menyebabkan bangsanya dipandang rendah oleh bangsa-bangsa lain sehinggakan
tidak lagi ada dikalangan barisan pemimpin tertingginya untuk mengembalikan
kredibilti bangsa kita sendiri.. Malahan pimpinan UMNO merupakan penyumbang terhadap
kejatuhan tahap persepsi bangsa lain dan masyarakat antarabangsa didunia ini terhadap
orang Melayu.



0 orang berkata:
Post a Comment