Sunday, January 12, 2014
Nampak Bodohnya Islam Melayu: Komen, Sindiran Melucukan Tetapi Tepat!
Aku terfikir macam mana nak berdakwah?
Bagaimana pula orang bukan Islam yang cuba mengenali Islam melalui buku?
Larang guna istilah Hindu
Memandangkan
sudah ada senarai istilah yang terdapat dalam Kamus Dewan tetapi
dilarang bagi orang Bukan Islam, kita lihat pula senarai istilah
Hindu/Sanskrit yang juga ada dalam kamus dan wajar juga dikeluarkan
sebelum kamus berkenaan dicetak semula. Tentulah “suara” MHS diperlukan
dalam hal ini.
Bagaimana pula orang bukan Islam yang cuba mengenali Islam melalui buku?
Larang guna istilah Hindu
Surat terbuka yang ditujukan kepada MHS walaupun disedari tidak akan dibaca dan dilayan oleh pihak berkenaan.
Menemui
presiden Malaysia Hindu Sangam (MHS) yang pasti sedang sibuk memastikan
segala “fatwa” berkaitan Thaipusam dipatuhi sepenuhnya oleh para
penganut Hindu di Malaysia.
Saya ingin
menarik perhatian tuan terhadap suatu isu lain yang boleh juga dikaitkan
dengan keimanan dan pegangan agama orang Hindu. Maka secara langsung
berhubung-kait dengan tugas dan peranan MHS.
Sebagai manusia
biasa dan pencinta perpaduan antara kaum dan agama, saya terkejut
melihat suatu senarai istilah yang khabarnya tidak boleh digunakan oleh
orang Bukan Islam (Tidak Islam).
Pada mulanya
saya tersenyum, kemudian ketawa dan terbahak-bahak kerana senarai yang
turut disebarkan menerusi laman rangkaian sosial dan portal berita dalam
talian ternyata agak melucukan.
Apabila saya
paparkan menerusi Facebook, ramai rakan tampil memberikan maklum balas
dan komen ikhlas. Seorang rakan, misalnya, bertanya apakah nama yang
wajar digunakan oleh orang Bukan Islam apabila merujuk kepada Taman
Wahyu di Cheras.
Begitulah juga
apabila ada orang bernama Sheikh atau ada gelaran Haji; bagaimana nama
mereka boleh disebut oleh orang Bukan Islam – khususnya penganut Hindu –
berikutan larangan yang nampaknya sudah dikuatkuasakan?
Beberapa
persoalan lama juga kembali timbul; khususnya apabila “Allah” mendahului
senarai larangan. Apakah orang Bukan Islam di beberapa negeri perlu
berhenti menyanyikan lagu negeri memandangkan ada nama “Allah”
dinyatakan di dalamnya?
Bercakap
mengenai lagu-lagu negeri, seorang rakan bertanya pula mengenai istilah
“dirgahayu” yang turut digunakan dalam lagu. Istilah itu secara
terang-terangan adalah istilah Sanskrit yang ada kaitan dengan agama
Hindu.
Mujurlah
istilah yang digunakan dalam lagu “Negaraku” adalah “Tuhan”. Kalau
tidak, entah-entah orang Bukan Islam yang mencintai negara ini akan
diharamkan daripada menyanyikan lagu itu juga.
Elok buang semua istilah ‘larangan’ dari Kamus Dewan
Pada pandangan
saya, selepas sudah ada senarai istilah “Islam” (Arab) yang tidak boleh
digunakan orang Bukan Islam, tidak salah jika ada pula senarai istilah
“Hindu” (Sanskrit) yang tidak boleh digunakan oleh orang Bukan Hindu.
Tentu sahaja senarai-senarai ini hanya untuk kegunaan di Malaysia yang hebat dengan gelaran “Bolehland”.
Kalaulah
segala senarai ini dibawa ke negara luar – termasuk tanah asal agama
Islam dan agama Hindu – orang di sana akan ketawa terbahak-bahak.
Kalaulah
segala senarai ini dibawa ke negara luar – termasuk tanah asal agama
Islam dan agama Hindu – orang di sana akan ketawa terbahak-bahak.
Berbalik kepada
istilah-istilah “Islam” yang mahu diharamkan kepada orang Bukan Islam,
kita perlu perhatikan pula sama ada ia terdapat dalam Kamus Dewan
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Sekiranya ada
dalam Kamus Dewan, eloklah pihak berkenaan mengarahkan kesemua 34
istilah/frasa itu dibuang segera dan kamus berkenaan dicetak semula.
Kemudian, barulah kita bincang soal pengharaman dan larangan bagi orang
Bukan Islam.
Apa-apa pun,
saya tidak akan terkejut jika MHS berpandangan bahawa semua istilah yang
terdapat dalam kamus Bahasa Malaysia adalah milik orang Melayu-Islam,
manakala hanya perkataan-perkataan yang terdapat dalam kamus Bahasa
Tamil adalah milik orang Hindu.
Berbalik kepada
isu tadi, selepas larangan dikuatkuasakan, jangan pula sesiapa marah
jika orang Bukan Islam membuat kenyataan: “Orang Islam bersalat
menghadap arah entah mana” kerana istilah “Kaabah” dan “qiblat” adalah
dilarang penggunaannya. Malah, “bersalat” mungkin perlu ditukar kepada
“menyembah entah apa”.
Hakikat yang
perlu diakui adalah bahawa Nabi Muhammad bukan satu-satunya nabi. Maka,
amat melucukan apabila orang Bukan Islam dilarang menggunakan istilah
itu. Seolah-olah semua nabi yang diutus Tuhan adalah Melayu-Islam.
Orang Islam
wajib percaya pada nabi-nabi. Jumlah sebenar/tepat nabi tidak diketahui,
tetapi itu soal lain. Perkara penting adalah bahawa tiada sesiapa
berhak membuat andaian bahawa hanya orang Islam berhak ke atas “nabi”.
Istilah
“mubaligh” sering digunakan untuk merujuk kepada mubaligh Kristian.
Mungkin selepas ini, kita hanya akan ada “mubaligh Islam”. Begitu juga
dengan “Injil” yang kini sudah dijadikan milik orang Islam mengikut
larangan terbaru.
Sejak bila orang Hindu menyembah kereta?
Sejak bila orang Hindu menyembah kereta?
Kesemua 34
istilah/frasa yang tersenarai tidak dapat diterima akal rasional.
Demikianlah kehebatan “Bolehland” di mana segala-galanya adalah mungkin.
Saya tidak pasti sama ada MHS sudah berpeluang melihat dan meneliti
senarai berkenaan supaya boleh menghantar “surat amaran dan peringatan”
kepada para ahli berdaftar.
Memandangkan
sudah ada senarai istilah yang terdapat dalam Kamus Dewan tetapi
dilarang bagi orang Bukan Islam, kita lihat pula senarai istilah
Hindu/Sanskrit yang juga ada dalam kamus dan wajar juga dikeluarkan
sebelum kamus berkenaan dicetak semula. Tentulah “suara” MHS diperlukan
dalam hal ini.
Tindakan
larangan bagi orang Bukan Hindu menggunakan istilah Hindu/Sanskrit ini
adalah wajar bagi memastikan penganut Hindu tidak terkeliru atau
keimanan mereka tergugat. Itulah sebabnya saya tujukan surat ini kepada
tuan.
Contoh paling
mudah adalah apabila istilah “Iswara” yang merujuk kepada “Tuhan Yang
Maha Esa” dalam Sanskrit/Hindu digunakan pada nama kereta. Mungkin ada
kanak-kanak Hindu yang tertanya-tanya, “Sejak bila orang Hindu menyembah
kereta?”
Maka, amatlah
wajar penggunaan nama “Iswara” dilarang bagi orang Bukan Hindu,
khususnya apabila tidak merujuk kepada Tuhan dalam konteks agama Hindu.
Apabila saya
mengutarakan cadangan menerusi Facebook, reaksi positif diterima
daripada rakan-rakan pelbagai kaum dan agama. Mereka segera mengemukakan
pelbagai perkataan/frasa yang secara terang-terangan ada unsur
Hindu/Sanskrit.
Misalnya
istilah “dosa” dan “pahala” yang sering disebut orang-orang dalam agama
Islam. Tahukah mereka bahawa kedua-dua istilah itu adalah milik
Hindu/Sanskrit? Kalau mahu sangat Arab, gunakanlah istilah “sawaab” atau
“ajr” bagi “pahala”.
Malah, istilah
“agama” itu sendiri berasal daripada rujukan terhadap kitab-kitab Veda
dan teks-teks lain dalam ajaran Hindu. Nah! Bukankah sudah secara
terang-terangan bertentangan dengan Islam dan boleh “mengelirukan”
penganut agama Hindu jika digunakan oleh orang Bukan Hindu?
Malah,
istilah-istilah yang selalu digunakan orang Islam dalam pertuturan
seharian seperti “dewa”, “dewi”, “suria”, “mantera”, “manusia”,
“sastera”, “bahasa”, “pustaka”, “jiwa”, “syurga”, “neraka”, “duka”,
“sengsara”, “nestapa”, “kurnia”, “derma” dan ratusan – malah ribuan –
istilah berciri Hindu/Sanskrit wajar dihapuskan daripada Kamus Dewan
supaya orang Islam tidak terkeliru.
Keberanian minoriti Sikh wajar dipuji
Frasa “Maha Esa” yang digunakan rata-rata orang Islam juga adalah ciplakan daripada “Maha Isa” yang digunakan penganut Hindu! Istilah “suci”, “puji” dan “puasa” juga daripada amalan Hindu. Tentu MHS boleh memberikan perakuan terhadap fakta ini.
Frasa “Maha Esa” yang digunakan rata-rata orang Islam juga adalah ciplakan daripada “Maha Isa” yang digunakan penganut Hindu! Istilah “suci”, “puji” dan “puasa” juga daripada amalan Hindu. Tentu MHS boleh memberikan perakuan terhadap fakta ini.
Maka, daripada
sibuk menghalang dan melarang orang Bukan Islam menggunakan 34 istilah
yang kononnya “diwahyukan” Allah khusus bagi orang Islam di “Bolehland”,
bukankah lebih afdal jika pihak berkenaan berusaha supaya
istilah-istilah Hindu/Sanskrit dibuang daripada Kamus Dewan?
Lebih baik jika
dikeluarkan fatwa melarang orang Islam menggunakan istilah-istilah
berunsur dan berasaskan Hindu/Sanskrit itu. Haramkan juga kelompok
penulis dan sasterawan Islam menggunakan istilah-istilah berkenaan dalam
sebarang penulisan.
Berbalik kepada
senarai larangan yang dikeluarkan bagi orang Bukan Islam, saya memuji
pendirian, keberanian dan ketegasan penganut agama Sikh. Kumpulan
minoriti tidak mudah digertak dan dihalang daripada menggunakan istilah
“Allah” yang secara terang-terangan terkandung dalam kitab Guru Granth
Sahib.
Sebagai seorang
pengamal inter-faith, saya juga tidak akan merelakan hak saya dirampas
oleh sesiapa dengan apa-apa cara. Saya tetap dengan pendirian
sebegaimana saya tegaskan berkali-kali menerusi makalah, catatan di blog
dan paparan di Facebook.
Memanglah
pelbagai sekatan boleh dikenakan; tetapi apakah mungkin hubungan
peribadi saya dengan “Allah Maha Isa” (Sanskrit) disekat oleh puak-puak
tertentu yang boleh sahaja dipertikaikan tahap ketakwaan dan keimanan
mereka?
Di pihak MHS
pula, saya sedar bahawa tidak akan ada apa-apa tindakan segera. Selepas
menyelesaikan segala isu berkaitan Thaipusam, mungkin perlu pula mencari
keberanian diri – mencari telur, kata Ridhuan Tee Abdullah – untuk
bertindak terhadap golongan “guruji” palsu yang semakin berleluasa tanpa
sekatan pihak berkuasa.
Mungkin hanya
selepas itu, salinan surat ini akan disampaikan kepada tuan oleh pegawai
yang ditugaskan di ibu pejabat MHS untuk mengumpulkan segala surat dan
aduan daripada orang Hindu.
Pada waktu itu,
mungkin sudah pun ada larangan penggunaan istilah-istilah Sanskrit oleh
orang Bukan Islam dengan alasan “boleh mengelirukan umat Islam di
Malaysia”! Selamat datang ke “Bolehland”.
Uthaya Sankar SB adalah penulis sepenuh masa dan kolumnis FMT.



0 orang berkata:
Post a Comment