Sunday, January 5, 2014
Gantung tugas pegawai JAIS: Adakah MB Berkuasa?
MB digesa gantung tugas pegawai JAIS
Speaker DUN Selangor berkata, JAIS perlu bertanggungjawab di atas perbuatannya.
PETAING JAYA:
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digesa supaya
menggantung tugas pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang
bertanggungjawab mengeluarkan arahan menyerbu premis Persatuan Bible
Malaysia tanpa pengetahuan kerajaan negeri.
Speaker Dewan
Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh berkata, hukuman ringan tidak
mencukupi dan JAIS perlu bertanggungjawab di atas perbuatannya.
Katanya, jika tidak lambat laun kesilapan itu akan dilupakan dan JAIS terus melakukan perkara sama pada masa akan datang.
“JAIS perlu
siasat terlebih dahulu sebelum melakukan serbuan. Bagaimana kamu boleh
serbu dan rampas Bible dulu kemudian baru nak siasat,” soalnya dalam
kenyataan melalui Twitter.
Adun Subang Jaya itu turut menggesa 321 salinan Alkitab yang dirampas pada Khamis lalu dipulangkan semula.
Katanya, di
Selangor juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Sabah dan Sarawak
yang menggunakan Al-Kitab dan lebih gemar membaca Bible menggunakan
bahasa Kebangsaan sendiri.
Paderi Lawrence dipanggil
Sementara itu,
kerajaan negeri Selangor akan memanggil pengarang The Herald, Paderi
Lawrence Andrew pada Selasa depan bagi membincangkan isu larangan
menggunakan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti yang dititahkan
Sultan Selangor.
Ia berikutan
kenyataan Paderi Lawrence sebelum ini yang bertegas kalimah Allah di
gereja Katolik di Selangor akan terus digunakan.
Mengenai
serbuan itu, Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan
Desa Sallehin Mukhyi berkata, pihaknya memandangkan serius kerana
kerajaan negeri sebelum ini telah mengarahkan JAIS mengeluarkan langkah
operasi (SOP) dalam menangani isu-isu sensitif.
Mengambil
iktibar kes yang melibatkan JAIS dan penganut Kristian selepas
pemeriksaan mengejut terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)
pada tahun lalu, SOP itu bagi mengelakkan berlakunya salah faham dan
buruk sangka.
“Saya telah
meminta Pengarah JAIS untuk mendapatkan segera laporan terperinci
kejadian termasuk meneliti hasil siasatan yang dikatakan telah
dilakukan.
“Menteri Besar
juga telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk meneliti dan
menyemak operasi yang dijalankan kerana ianya merupakan perihal
pentadbiran dan melibatkan jabatan dan pegawai kerajaan.
“Semakan
hendaklah antara lain memastikan pegawai penguatkuasa yang menjalankan
operasi tersebut mematuhi SOP yang telah disediakan oleh JAIS dan
mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kecuaian dan pelanggaran
peraturan.



0 orang berkata:
Post a Comment