Tempoh reman pegawai khas menteri dilanjut
-
Tiga
individu termasuk seorang pegawai khas menteri ditahan reman hari ini
bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang
suapan berkaitan pemberian tender.
Mereka ditahan reman bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (B) dan Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. - Foto Bernama
SEPANG - Tempoh reman bagi dua individu termasuk seorang pegawai khas
menteri dilanjutkan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan
dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender.
Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang Rozaidi Yaacob membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh tahanan reman selama dua hari bermula esok untuk pegawai khas itu dan seorang lagi ahli perniagaan berpangkat Datuk.
Mereka yang berusia 44 dan 48 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
SPRM mengemukakan permohonon tahanan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Kedua-dua individu itu ditahan reman empat hari mulai Khamis lepas manakala seorang wanita berjawatan setiausaha ditahan reman tiga hari untuk kes sama.
Wanita itu dibebaskan semalam. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment