Thursday, January 16, 2014
Gagal tangkis serangan 'Kangkung', Pemuda UMNO keluarkan amaran..
Ini adalah lumrah bagi sesiapa sahaja yang pernah bertengkar dengan mana-mana macai, gagal menangkis hujah macam-macamlah keluar dari mulut macai tu..
Gagal nak pertahan hujah, peribadi lawannya akan
diserang.. siapa tak percaya sila cuba sendiri.. ha..ha..ha.. risiko
tanggung sendiri.
Dalam hal ini seorang Blogger UMNO yang suatu masa dulu mengetuai UMB
Pulau Pinang (sekarang akupun tak tahu siapa ketua UMB Pulau Pinang ni)
dan hebat dalam kerja-kerja membodek yang memberikan keuntungan buatnya
menurut seorang sahabat X-UMB, telah menyuarakan kemarahannya.
Ini dipercayai dilakukannya kerana ketiadaan idea untuk menangkis
serangan terhadap Najib berikutan ucapannya yang meminta rakyat
berterima kasih kepada Kerajaan BN kerana kangkung yang telah turun
harganya.. videonya sila lihat di SINI
Hakikatnya apa yang diucapkan oleh Najib itu iaitu kangkung turun harga adalah satu pembohongan yang nyata, keratan akhbar di SINI membuktikannya..
Mengulas mengenai satu flashmob yang diadakan oleh ADUN Machang Bubuk,
Lee Khai Loon beliau menyifatkan Cina Pakatan pembangkang semakin
melampau dan kurang ajar..
“Ini yang dilakukan oleh PKR di Machang Bubuk, Pulau Pinang yang
menghina DS Najib Razak, perdana menteri Malaysia secara terbuka dengan
menyumbat kangkung ke mulut replika perdana menteri!”
Dr Novandri berkata, langkah itu menggambarkan “kerendahan moral
mencerminkan bangsa yang seperti tidak berpelajaran, malah berkelakuan
seperti kanak-kanak”
Dan beliau turut memberikan amaran “Nampaknya, pakatan pembangkang
sengaja mahu menguji kesabaran penyokong-penyokong BN. And it's not
funny anymore lapor Malaysiakini
Manakala The Malaysian Insider pula melaporkan Ketua Pemuda UMNO Terengganu pula menifatkan tindakan Khai Loon itu sebagai biadap dan kurang ajar..
Katanya dalam satu kenyataan "Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin
memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin
negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih
berdegil,"
Mohd Johari Abu Bakar berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa
sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan
dikotak-katikkan.
"Tindakan ini hanya dilihat sebagai tindakan untuk meraih populariti
murahan tatkala isu kenaikan harga barang menjadi topik hangat didalam
negara kita," kata beliau
Khai Lonn sumbat kangkung dalam mulut Najib dianggap biadap dan kurang
ajar..cuba bandingkan tindakan Kai Loon dengan macai-macai di bawah...
Yang mana satu lebih biadap dan kurang ajar?.. Sumbat kangkung kemulut
replika pemimpin atau kencing seperti anjing kepada gambar pemimpin?
Tinggikah moral macai-macai yang kencing kegambar pemimpin di atas?
Anak Sungai Derhaka








0 orang berkata:
Post a Comment