‘Wasatiyah’ kerajaan cuma slogan tanpa amalan – Anwar
(Nazar Hashim)
PERMATANG
PAUH, 18 JAN Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
konsep ‘wasatiyah’ atau kesederhanaan yang dilaungkan kerajaan cuma
slogan tanpa amalan.
Katanya, dalam usaha memupuk kesederhaan dalam kehidupan, kerajaan
mesti menunjukkan teladan yang boleh diikuti oleh rakyat melalui dasar
perbelanjaan dan pengurusan negara.
“Jika wasatiyyah menjadi luahan bibir semata-mata, tetapi ketirisan,
penyelewengan, pemborosan,penyalahgunaan kuasa, pembohongan dan
penganiayaan menjadi amalan, siapa sahaja mampu untuk menzahirkan
perkataan wasatiyyah,
“Seringkali wasatiyyah atau kesederhanaan menjadi lafaz di bibir,
tetapi tidak berjaya menjadi amalan untuk dipraktikkan dalam kehidupan,
kata Anwar lagi dalam tazkirah Maghrib di Surau Taman Cermai, Sama
Gagah, Permatang Pauh, semalam.
Semalam, 17 Januari genap dua tahun pelancaran Kursi Wasatiyah di
Universiti Malaya (UM) serta Yayasan Pergerakan Kesederhanaan
Global.oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penubuhan dia institusi itu kononnya bagi melahirkan lebih ramai
sarjana dan cendekiawan yang menerajui semangat kesederhanaan dan
keseimbangan seperti tokoh Islam terkemuka al-Imam Ibnul Qayyim
Namun, langkah itu tidak digambarkan melalui tindakan kerajaan
seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara selama bertahun-tahun
mengenai pemborosan dan ketirisan yang berjumlah puluhan bilion ringgit.
Menurut Ernst and Young, salah satu daripada empat firma audit
terbesar di dunia, dalam kajian mereka ‘Asia-Pacific Fraud Survey Report
Series’, mendapati Malaysia adalah antara negara paling korup di dunia.
Global
Financial Index (GFI) mendedahkan, jumlah aliran wang haram dari negara
ini mencecah USD54 bilion bagi 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370
bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011.
Manakala menurut Index Persepsi Rasuah Dunia 2013 (World Corruption
Index) Malaysia di tangga ke-53 daripada 177 negara berbanding Singapura
pada tangga ke-5 dan Brunei pada tangga ke-38.
Justeru kata Anwar, slogan wasatiyah yang dilaungkan kerajaan dan
pimpinan BN hanya mainan dibibir bagi mengaburi mata rakyat, langsung
tanpa amalan sebenar.
“Sekiranya pemborosan dan rasuah berleluasa, ketirisan dan pembaziran
menjadi amalan kerajaan, ia tidak membawa apa-apa perubahan untuk
diteladani oleh rakyat khususnya golongan bawahan yang mengharapkan
pembelaan dari mereka,” katanya.




0 orang berkata:
Post a Comment