Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Gamuda agen BN ?


Rabu, 2 April 2014

Pakatan selar Gamuda, sokong guna WSIA ambil alih konsesi air Selangor


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataan bersama PAS dan DAP mendakwa Gamuda hanya mahukan keuntungan dalam isu penstrukturan air di Selangor. Gambar fail.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataan bersama PAS dan DAP mendakwa Gamuda hanya mahukan keuntungan dalam isu penstrukturan air di Selangor. Gambar fail.Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Berhad, Datuk Lin Yun Ling berkenaan isu air Selangor dan berkata beliau hanya mahukan keuntungan "tidak masuk akal" untuk pemegang saham syarikat tersebut.

Dalam satu kenyataan bersama Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, Lin tidak menghormati "kesucian kontrak" air berkenaan dan hanya mahukan "pembelian yang memeras pengguna".

"PR menyokong penuh usaha Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri untuk meminta kerajaan pusat menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi menyelesaikan isu dalam penstrukturan air.

"Ia bagi membolehkan kerajaan negeri fokus kepada pelaburan dan meningkatkan kualiti dan kuantiti bekalan air yang disalurkan kepada pengguna," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Lin dilaporkan akhbar The Edge pada Jumaat berkata: Apabila pelabur melihat perjanjian berkenaan, mereka akan mempersoalkan keikhlasan kontrak itu. Kenapa mereka tidak menggunapakai konsep 'willing buyer, willing seller’? Kesalahan akan diletakkan di atas bahu kerajaan pusat kerana hanya mereka yang boleh menggunakan WSIA."

Pemimpin Pakatan berkata, kenyataan Lin itu "hipokrit" kerana mempersoalkan keikhlasan perjanjian, sedangkan dalam kontrak konsesi, anak syarikat Gamuda, Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (SPLASH) bersetuju untuk menandatanganinya.

"Terdapat terma yang jelas untuk menamatkan pegangan konsesi dan membeli semula oleh kerajaan pusat/negeri.

“Malah, polisi "willing buyer, willing seller" juga pernah digunakan kerajaan negeri untuk mengambil alih pegangan konsesi air di Selangor selama enam tahun, namun gagal menemui penyelesaiannya,” kata mereka. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.