Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ku li mengata umno ke ?

Friday, April 4, 2014

DEB punca Kronisma berleluasa kata Ku Li


Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan kegagalan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai punca berlakunya sistem makan atas angin dan kronisme berleluasa hingga hari ini.

Beliau berkata, DEB yang dilaksanakan pada 1971 berniat baik untuk meningkatkan tahap ekonomi Bumiputera khususnya kaum Melayu, tetapi pelaksanaan dasar itu yang menjadikan ia kacau-bilau. 
"Pelaksanaannya menjadi kacau-bilau dan salah kerana amalan naungan yang menyebabkan berlakunya sistem makan atas angin dan kronisme," katanya ketika melancarkan buku Malaysia Kaya, Rakyat Miskin di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, DEB gagal mencapai matlamatnya, malah Bumiputera masih ketinggalan dan sasaran 40% ekuiti belum tercapai.

"Matlamat yang ditetapkan oleh polisi tersebut gagal dicapai dalam tempoh yang ditetapkan," katanya. 

Tengku Razaleigh berkata, budaya makan atas angin menyebabkan kaum Melayu jadi pemalas dan mengambil jalan mudah dalam menjalankan perniagaan.

"Makan atas angin juga mengambil jalan mudah dan malas menjalankan perniagaan," katanya yang turut dikenali sebagai Ku Li. Katanya, kebanyakan mereka yang kaya pula terdiri daripada penyokong kuat parti tertentu.

"Hubung kait antara politik dan kekayaan biasa bagi kita semua.

"Sebagai contoh, banyak yang kaya datang daripada penyokong kuat parti politik tertentu yang membentuk kerajaan hari ini," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menafikan DEB mempunyai matlamat yang adil dan jujur dalam membantu khususnya Bumiputera.

Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata dasar tersebut mengakibatkan lebih banyak jurang di kalangan rakyat Malaysia serta mewujudkan budaya permusuhan antara etnik di Malaysia.

"Malah, ia menyebabkan ketidakseimbangan di kalangan rakyat Malaysia.

"Lebih buruk lagi, ia mewujudkan permusuhan etnik yang jelas ditunjukkan dalam sistem ekonomi dan sosial antara kita pada masa ini," katanya yang menyifatkan perkara tersebut berlaku berpunca daripada sistem makan atas angin dan kronisme.

DEB merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada 1971 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.

Menyedari hakikat pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

Kumpulan pejuang hak Melayu menentang sekerasnya cadangan membuang kuota Bumiputera yang dikatakan menjejaskan daya kompetitif negara selama ini lapor The Malaysian Insider

1 orang berkata:

UtaraNews.com said...

Maksud Sebenarnya Penulis-Penulis Pakatan Rakyat Hanya Mahu Kuasa Bumiputera Itu Di Kurangkan Atau Di Hapuskan Terus...!!!
Supaya Senang Nak Menindas Orang Melayu Lagi... Itu Yang Cuba Di Lakukan Oleh Pemimpin-Peminpin Pakatan Rakyat Terutamanya Dari DAP... Cina-Cina DAP Memang Nak Lihat Orang Melayu Jatih...!!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.