Parlimen Bukit Gelugor: Mesyuarat khas SPR Khamis
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat
khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi Parlimen Bukit
Gelugor, Pulau Pinang pada Khamis ini.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata SPR menerima makluman
rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 11 pagi ini berhubung
kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor berikutan kematian
penyandangnya, Karpal Singh.
Mesyuarat khas itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan
diikuti sidang media oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof,
katanya dalam kenyataan hari ini.
Karpal Singh, 74, maut dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Km 306.1
Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak.
Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadi mendiang,
Michael Cornelius.
Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam. - Bernama
Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment