• Aminolhuda Hassan Aminolhuda Hassan
1 / 1
SHAH ALAM - Pendidikan politik yang disampaikan oleh Pas Johor kepada masyarakat Melayu Johor khususnya berjaya membuatkan parti itu semakin mendapat tempat di negeri tersebut.

Menurut Pesuruhjaya Pas Johor Aminolhuda Hassan pendidikan politik yang dimaksudkan adalah mengenai ilmu  perlunya sebuah kerajaan tersebut ditadbir secara seimbang,iaitu ada yang 'menegur' dan 'menasihat' bagi memastikan pembangunan negeri dapat diteruskan dengan sebaik mungkin.

"Pas berjaya menembusi Johor pada PRU13 yang lalu kerana kita berjaya beri pendidikan politik kepada masyarakat Melayu.

"Iaitu tentang ilmu demokrasi, kita  terangkan kepada rakyat bahawa sesebuah  kerajaan perlu 'Check and Balance, (semak dan imbang), kerana kalau satu pihak sahaja mungkin mereka kadang-kala tiada orang yang tegur jika melakukan kesalahan, jadi rakyat terima ilmu itu," katanya ketika sesi wawancara Sinar Harian baru-baru ini.

Pas Johor pada PRU13 yang lalu berjaya memenangi empat kerusi Dewan Undangan Negeri di negeri tersebut.

Rekod tersebut merupakan permulaan yang baik untuk Pas Johor, kerana sememangnya Johor sememangnya sukar untuk ditembusi oleh parti selain Umno.