Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 1 April 2014

Himpunan besar-besaran KL bantah pelaksanaan GST 1 Mei

GST Grafik Baru
Satu perhimpunan besar-besaran membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diadakan pada 1 Mei ini di Kuala Lumpur. 

Jurucakap Jawatankuasa Himpunan 1 Mei, Dr Hatta Ramli berkata beliau demo besar-besaran itu sebagai referendum rakyat bagi mendesak Kerajaan BN membatalkan pelaksanaan cukai berkenaan.

Katanya, usaha mengadakan perhimpunan itu dibuat dengan mengambil kira kejayaan perhimpunan besar yang dianjurkan sebelum ini, termasuk dessakan untuk memnasuhkan ISA pada 2008.

“Macam dulu (berhubung isu) ISA pun, lepas kita turun ke jalan, selepas 50 tahun baru (kerajaan) mansuhkan,” katanya dipetik Malaysiakini.

Mengulas mengenai jumlah peserta yang dijangka akan hadir ke perhimpunan tersebut, Hatta berkenaan ia pasti lebih ramai berbanding perhimpunan menuntut pemansuhan ISA.

“ISA tidak mempengaruhi semua orang, hanya orang tertentu sahaja. Tapi GST beri kesan kepada semua orang,” katanya.

NGO lain yang menganggotai jawatankuasa itu termasuk Solidariti Anak Muda Malaysia, Gabungan Mansuh ISA, Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup.

Rang undang-undang untuk melaksanakan GST dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.
Sementara itu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam sidang media sama menegaskan Pakatan Rakyat akan terus memperjuangkan kempen anti-GST dan bersama NGO lain memberi penerangan berkenaan pelaksanaan cukai itu.

Menurut Rafizi , walaupun mengakui GST merupakan sistem percukaian yang efektif, ia amat tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

“GST sesuai dilaksanakan di negara yang berpendapatan tinggi atau amat rendah saja. Di negara berpendapatan tinggi mereka mengurangkan cukai pendapatan tetapi perbelanjaan isu rumah dengan cukai GST masih sama.

“Tidak di Malaysia apabila banyak cukai tersembunyi ditanggung. Hutang isi rumah pada kadar 82 peratus,” kata beliau.

Justeru beliau merumuskan himpunan ini merupakan kesinambungan terhadap perkara yang diperjuangkan Pakatan sejak dulu.

“Sejak 2009, kita dah lawan di Parlimen, kita dah lawan di jalan. Kalau kita boleh lawan di mahkamah pun kita lawan,” tambah beliau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.