Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA JUGA MENANG MEREKA TETAP SEKULAR

PDI-P dijangka menang pilihan raya Indonesia


03/04/2014 9:12pm
LIHAT JARI TANGAN PRESIDEN KAMU MENUNJUKKAN LAMBANG FREEMANSON ?


JAKARTA - Parti pembangkang utama Indonesia, Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) pimpinan Megawati Soekarnoputri dijangka memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya minggu hadapan, berikutan pencalonan Gabenor Jakarta yang terkenal, Joko Widodo atau lebih mesra disapa dengan nama 'Jokowi' sebagai calon Presiden Indonesia yang baharu.

Mendapat sokongan sebahagian besar rakyat Indonesia, PDI-P dijangka menguasai 37 peratus undi pada pilihan raya yang bakal berlangsung Rabu hadapan, menurut satu tinjauan Roy Morgan Research ke atas 2,000 orang rakyat negara itu.

Pungutan suara meletakkan Parti Demokratik pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang terpalit isu rasuah di tempat keempat dengan 10 peratus.

Parti Golkar, sebuah jentera politik berpengaruh pimpinan diktator terkenal, Suharto menduduki tempat kedua dalam kajian itu dengan jumlah sokongan menurun kepada 17 peratus, manakala Parti Gerindra pimpinan bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto menduduki tempat ketiga dengan jumlah sokongan 14 peratus.

PDI-P sememang dijangka memenangi pilihan raya tersebut sejak beberapa bulan ini, bagaimanapun, jumlah sokongan dilihat meningkat mendadak setelah Jokowi dipilih sebagai calon bagi pilihan raya presiden pada bulan Julai.

Kajian Roy Morgan melaporkan jumlah sokongan terhadap PDI-P meningkat kepada 10 peratus selepas Jokowi dipilih pada pertengahan bulan Mac.

Sikap merendah diri Jokowi menyentuh hati rakyat. Beliau kerap keluar berjumpa dengan rakyat yang mendiami setiap daerah yang dibelenggu kemiskinan di ibu negara itu. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_25.htm#ixzz2xpVWrA21
Hakcipta terpelihara

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.