virus yang paling bahaya didalam politik Selangor ialah virus khalid/Azizah, virus ini menyebabkan pimpinan PR dan rakyat Selangor di serang demam Khalid/Azizah, maka bercakaranlah diantara pro dan kontra. Sementara musuh politik sedang memerhati dan merancang untuk kembali berkuasa
Ekoran kenyataan Tuan Guru Hadi Awang presiden PAS yang menyokong Khali Ibrahim sebagai MB, maka ramailah diantara pimpinan DAP dan PKR marah terhadap PAS, sedangkan kenyataan tersebut bukanlah bersifat resmi, namun PKR dan DAP terus mengeluarkan pandangan yang sumbang kerana tergesa-gesa
Andainya kenyataan Presiden PAS itu dianggap kata putus maka tidak perlulah semua pehak menunggu mesyuarat 10 Ogos, jadi kekecohan adalah sebab PKR dan DAP cepat hilang kepala dan gelojoh. Kesan dari virus Khalid/Azixah ini membuatkan PR mungkin berpecah diantara sesama dalam Pakatan dan berpecah juga sesama ahli didalam kumpulan masing-masing
Kita tidak tahu apakah keputusan yang akan terjadi apabila Pilihanraya Selangor yang di katakan akan berlaku pada masa yang terdekat, PAS,DAP dan PKR jika lambat mencari ubat yang mujarab bagi virus Khalid/Azizah maka besar kemungkinan penyakit ini merebak ke seluruh negara, iaitu virus yang membawa sakit yang tidak sebarang tanggung ! - Pak Karamu
Hanipa: Presiden Pas tiada kuasa veto
- Mohamed Hanipa Maidin (baju batik) di Forum: Krisis Selangor: Pakatan Berpecah? Di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dari Pas, Mohamed Hanipa Maidin menegaskan
bahawa pandangan Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang yang menyokong Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor
adalah pandangan peribadinya.
Hanipa berkata, keputusan tersebut tidak mewakili Pas kerana keputusan tersebut hanya akan dimuktamadkan pada mesyuarat AJK Pas Pusat yang bakal berlangsung pada 10 Ogos ini.
"Presiden Pas tidak mempunyai kuasa veto.
"Beliau (Abdul Hadi) bukan maksum, jadi keputusan itu hanya pandangan personal beliau.
"Jadi kita tunggu 10 Ogos ini," katanya di Forum: Selangor: Pakatan Berpecah ? di Dewan Perhimpunan Cina-Kuala Lumpur di sini, malam tadi.
Dalam perkembangan yang sama, Mohamed Hanipa berkata, Abdul Khalid sepatutnya sedar dan perlu mengundur diri segera kerana beliau telah ditolak oleh PKR.
"Beliau sudah ditolak oleh partinya sendiri," katanya lagi.
Menyentuh hal yang sama, Mohamed Hanipa menambah, kenyataan beliau terhadap Presiden Pas itu adalah kerana beliau lebih menyanyangi keutuhan dalam PR.
"I love my President (Saya sayangkan Presiden Pas), tetapi saya lebih sayang Pas Dan PR," katanya lagi.
Turut hadir dalam Forum tersebut, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP) dan aktivis politik, Hishammuddin Rais.

2 orang berkata:
Boleh saya bagi cadangan? Kalau boleh lepas ni hanya peminpin melayu saja bertanding di peringkat negeri dan pusat.. Setuju?
Saya cadangkan pilihanraya dibuat semula. Khalid ada maruah & pas ada maruahnya sendiri. DSAI boleh yakin ka pkr @ dap boleh menawan s' ngor semula tanpa bantuan PAS. Kalau pkr& dap mng maka alhamdulillah tapi kalau kalah jwp yg paling sesuai ialah padan muka.
Post a Comment