Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KHALID IBRAHIN DI BERI AMARAN

Jangan sesekali usul bubar Dun Selangor
  • kemelut politik
1 / 1
SHAH ALAM - PKR hari ini memberi amaran kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak mengusulkan cadangan kepada Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, jika Abdul Khalid terus bertegas untuk menghadap Tuanku tentang hal itu, ia hanyalah mahu mensabotaj mandat dan kepercayaan pada PRU13 lalu.

"Saya ingatkan Tan Sri Khalid dengan berbaki integriti dan nama baik itu, sebaik-baiknya uruskan peralihan kuasa dengan menghormati suara rakyat.

"Jangan berani sabotaj rakyat dengan membubarkan Dun Selangor, kerana berbulan-bulan kami tutup perkara ini (kes Khalid) sehinggalah terpaksa diambil oleh Biro Politik.

"Yang sudah itu sudahlah, bersara, hutang pun sudah habis bayar, jangan susahkan rakyat, tambahan lagi Wan Azizah sudah dapat sokongan majoriti 30 Adun walaupun tanpa surat daripada Pas," katanya menggulung ucapan Presiden PKR pada Kongres Nasional PKR, di Stadium Malawati, di sini, hari ini.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Sispa rafisi nak paksa khalid? Khalid bukan ahli pkr. Khalid adun bebas. Terpulang kpd.khalid apa dia nak buat.
Apa rafisi takut drngan prn. Kan zuraida dah tegaskan.56-0.

FIT said...

Pakar Konar Rakyat (Pkr)

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.