Ahad, 14 September 2014
Mat Sabu tegur ulama PAS menjelang muktamar?
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membuat teguran terbuka
terhadap pemimpin ulama yang ghairah memaparkan “imej keIslaman” untuk
menghalalkan segala tindakan mereka.
Beliau berkata tindakan mencanang imej berkenaan secara melampau boleh
menjadikan PAS tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia di masa depan.
Beliau yang juga dikenali Mat Sabu mahukan parti itu kembali kepada
memperjuangkan keadilan sosial sebagai teras utamanya, laporan Malaysiakini.
Mat Sabu berkata pimpinan ulama tidak boleh selesa memikirkan mereka
mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas PAS sehinggakan Majlis Syura
diangkat sebagai badan tertinggi parti itu.
Teguran Mat Sabu itu dijangka menjadi topik panas pada Muktamar PAS minggu depan.
Parti itu sedang bergolak dengan perbalahan di antara golongan ulama
dan golongan professional yang sering dituduh sebagai penyokong Ketua
Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perbalahan itu terserlah dalam krisis jawatan Menteri Besar Selangor
apabila Majlis Syura menolak keputusan-keputusan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Pusat PAS.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dilihat membelakangkan
keputusan JKP parti dalam isu pencalonan nama untuk jawatan MB itu.
Perbalahan itu makin meruncing dan ramai pihak tidak menolak kemungkinan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat tidak lama lagi.
Laporan berbahasa Inggeris itu memetik Mohamad Sabu sebagai berkata
adalah penting untuk PAS dilihat bersama rakyat dan merujuk kepada DAP
sebagai contoh.
Mat Sabu menegaskan bahawa pemimpin PAS "harus berwaspada menggunakan Islam semata-mata untuk mendapatkan sokongan.”
“(Ini) kerana akan sampai masanya rakyat Malaysia akan melantik seorang “Jokowi” sebagai pemimpin mereka,” kata beliau.
Mat Sabu merujuk kepada Joko Widodo - seorang penggemar muzik rock - yang dipilih sebagai presiden Indonesia yang baru.
Widodo atau Jokowi digemari belia dan rakyat umumnya sungguhpun parti
lawan cuba mengecam beliau sebagai tidak arif dalam Islam, kata beliau.
"Kepimpinan (teratas) PAS tidak harus terlalu bangga dalam menggunakan
Islam sebagai perisai untuk mempertahankan segala tindakan mereka,” kata
beliau.
"Para ulama dalam PAS harus menjalankan reformasi dalaman dan lebih
terbuka berhubung isu-isu rasuah dan keadilan,” kata Mat Sabu kepada
portal itu.
3 orang berkata:
Bila pula keadilan sosial menjadi teras perjuangan pas?
Setahu penulis,teras perjuangan pas adalah islam berpandukan al quraan dan sunnah.perjuangan islam mesti membawa imej islam.
Melainkan kalau mat sabu mencadangkan pas mwmbawa islam sekular.
atau mat sabu dan mabuk ketum atau dah dikelabui oleh ganjaran drp.Dap pulau pinang?
Dah kah mat sabu lupa apa gelaran yang pernah dia bagi kat anwar? Al jubori
Sekarang mat sabu dah jadi penjilatnya.
Kalau pun pr berjaya ke putra jaya ,menteri apa yang hang layak?
Tukang bawa beg anwar boleh la.
Demi kemenangan ,pas kena ikut peeubahan dam selera masa kini.dan harus disedari pengundi muda akan mwmcorakan keputusan pilihanraya. Dan sekarang ramai anak muda melayu suka dadah,musik liar dan maksiat. Kalau ikut mat sabu pempimpin pas kena ikut sama dengan anak muda tersebut untok mendapat undi. Dan untok mwndapat undi kafir,pemimpin pas kena tonjol imej kekafiran?
Cepatnya manusi berubah.belum pun diuji dengan azab sudah ,berubah. Ini baru diuji dengan jawatan dan ganjaran drp
Kafir dap sudah kalah.
Carilah kemenangan dengan kita tonjolkan keistimewaan islam
Post a Comment