Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DULU DAN SEKARANG TAK SAMA

Anwar mohon ampun kepada Sultan Selangor

  • Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
1 / 1
SHAH ALAM – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di atas kenyataan beliau mengenai amalan (convention) yang dikeluarkan selama ini.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan hari ini, jelas beliau, kenyataan tersebut dikeluarkan berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya.

“Saya hanya menyatakan apa yang berlaku dalam pengetahuan saya terutama sepanjang saya dalam kerajaan Umno-BN, sejak 1982 hingga 1998.

“Sekiranya ada kekhilafan berlaku, saya mohon ampun dari Sultan Selangor,” katanya. Istana Selangor hari ini menegur Anwar Ibrahim supaya tidak membuat kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam laporan hari ini menegaskan, sekiranya Anwar tidak mempunyai fakta yang tepat beliau dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Selangor.

“Adalah menjadi polisi istana untuk tidak mendedahkan nama dan juga maklumat calon-calon yang telah dikemukakan serta proses pemilihan Menteri Besar Selangor.

“Namun memandangkan keadaan memaksa untuk pihak istana mengeluarkan kenyataan bagi memperjelaskan perkara sebenar,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Ek?kenapa sekarang baru nak minta ampun.?kan kalau dari dulu bersikap begini.tak lah jadi kalut.
Sorry.its too late. ( kata arwah a.r.tompel.)
Aziz bari tak nasihat kah anuar.?supaya jangan mintak ampun? Kan sultan tidak ada hak untok menolak azizah? ( kenyataan aziz bari).
Apa pun,azizah dah tidak ada peluang untok dilantik sebagai mb selangor. Sorry and adios nuar.your days had gone. Bon voyage to kajang or sungai buloh.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.