Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

sama-sama boleh terbang

HAAAA ! BARULAH BETOI ! APABILA ANUAR MULA BERSUARA, MEMPERTIKAIKAN MENGAPA RTM BERI TEMPAT PADA HADI AWANG, SAMPAI 15 MINIT PULA TU, LAMAAAA TU ! KALAU PERANG BOLEH BUNUH MUSUH RIBU-RIBU JUMLAHNYA

ANUAR HERAN SAMA RTM, TAPI DIA RAGU DENGAN KESEDIAAN HADI AWANG BERSEDIA RUANG MASA HINGGA 15 MINIT, SANGAT LUAR BIASA ! MENGAPAKAH HADI MENDAPAT PELUANG BEGITU MUDAH DARI MUSUHNYA  UNTUK MENERANGKAN SESUATU ?

ADA YANG SEBUT JIKA TIDAK ADA SESUATU MANA MUNGKIN BURUNG TEMPUA BERSARANG RENDAH ? TENTULAH SUDAH ADA MOU DIANTARA TEMPUA DENGAN KUCING, LALU TEMPUA RASA SELAMAT, OK LA TU.. TETIBA MENGAPA PULA HELANG YANG MENGELABAH ?

KAN KE TEMPUA DAN HELANG SAMA-SAMA BOLEH TERBANG  ?  - Pak Karamu

 





7 September 2014
0 Pendapat
TMI

Sangat jarang pemimpin pembangkang dapat muncul dalam berita televisyen di waktu perdana di Malaysia.


Ini kerana RTM terikat sebagai agen penyiaran kerajaan yang lurus bendul dan sempit manakala stesen televisyen swasta TV3 dimiliki oleh syarikat Umno iaitu Media Prima Bhd.


Ahli politik pembangkang yang dialu-alukan oleh akhbar arus perdana juga amat sedikit kerana sebab yang sama.


Jika mana-mana ahli politik pembangkang mendapat 15 minit waktu utama itu, biasanya selepas mereka berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN) atau pandangan mereka merosakkan pakatan mereka sendiri.


Senarai mereka yang mendapat masa perdana dan di halaman utama akhbar sebelum ini adalah bekas ahli politik PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen PKR Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Mohamed dan Wee Choo Keong.


Jadi apa yang membuatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi?


Adakah akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyokong pendirian beliau mengenai kebuntuan menteri besar Selangor dalam edisi Ahad hari ini? Mesti ada sebab mengapa Hadi menjadi kesayangan media BN.


Lagipun inilah ahli politik yang dicerca di waktu perdana sebelum ini kerana Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan kira-kira 30 tahun yang lalu.


Beliau diserang habis-habisan kerana berusaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam hudud.


Tetapi sekarang, Hadi mendapat ruang masa perdana untuk menjelaskan pendirian beliau mengenai kebuntuan pelantikan menteri besar Selangor.


Dan Utusan Malaysia membuat keputusan pandangan beliau adalah betul: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan calon yang sesuai untuk jawatan tertinggi itu.


Sudah tentu Hadi harus mengambil peluang untuk menjelaskan sikapnya. Ini sebuah negara demokrasi.


Tetapi beliau perlu ingat semua yang disahkan oleh Utusan atau mendapat tempat di waktu perdana berita televisyen biasanya berakhir dengan tentangan daripada rakan mereka sendiri.


Media pro-kerajaan hanya mengambil pendapat anda jika ia menyokong agenda mereka. Dan anda akan digugurkan bak kentang panas apabila anda mengatakan sesuatu yang sukar bagi perjuangan mereka.


Tetapi Hadi sedar semua ini. Beliau bukan budak baru dalam  politik. Melainkan jika beliau fikir boleh mainkan media pro-kerajaan seperti yang dilakukan sekutunya di Selangor, beliau perlu tahu beliau bekerja dengan sekutunya daripada Pakatan Rakyat (PR).


Itu tidak wajar untuk sekutu anda sendiri. Bukan sesuatu yang kita jangka daripada pemimpin parti Islam yang keputusannya berdasarkan kepada tradisi suci Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.


Lagipun, Hadi hanya seorang ahli politik dan seperti kebanyakan mereka, jika tidak semua ahli politik pun, beliau percaya kepentingan yang kekal, bukan kawan yang kekal.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Yang tersirat disebalik cerita itu ialah Tghh akan bersatu dengan umno. Jika itu meragukan tidak kah meragukan apabila:
Anwar mendapat sokongan dan liputan akhbar akhbar amerika? Adakah anwar nak minta bantuan drpd.amerika untok menjatuh bn?
Tidakka meragukan bila anwar rapat dengan nur misuarii? Tetiba penganas sulu menyerang sabah?
Tidakah meragukan bila anwar berkata beliau akan pastikan keselamatan isreal terjamin? ( rujuk new yorks time.kalau akhbar itu tak netul,saman)
Kalau semua jawapan diatas .TIDAK , maka jawapan untok tghh.juga ' tidak semestinya'

Anonymous said...

Bila duk tempat tghh kita kena paham ada benda yang dia boleh beritahu dan ada benda yang tak boleh beritahu tapiyakinlah apa pun keputusan yang dibuat tak akan merugikan parti dan kita

Anonymous said...

Lepas ni tghh jadi ketua mufti malaysia

Anonymous said...

spin la sehabis yg kau boleh!

Anonymous said...

Salam.. Tuan guru haji hadi putuskan mengikut rujukan al-quran dan hadis,sebagai ketua parti islam beliau kena berhati hati bt kputusan.apabila jd buntu berbalik pd al-quran hadis nabi.. Tetapi malangnya ada kalangan pemimin atasan parti dan bukan ulama dok x paham mcm 2.. Smpai bila2 dok soal langgar syura la,langgar pakatan la,pndangan peribadi la,langgar jwtnkuasa pas pusat la,dan berbagai lagi.. Kerana demokrasi menghalalkan yg haram serta mgharamkan yg halal.. Minta parti pas saring balik ahli yg terpesong ini dmasa depan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.