17/09/14
Pemimpin utama Pakatan dijangka tak hadir muktamar
Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat daripada PKR dan DAP dijangka tidak hadir ke Muktamar PAS di Johor esok.
Kedua-dua parti itu akan diwakili oleh pemimpin di peringkat lebih rendah atau pemimpin negeri.
Sumber PKR berkata, naib presidennya
Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin manakala sumber DAP pula berkata
hanya pemimpin negeri mereka akan hadir.
Pada tahun sebelumnya, muktamar PAS
dihadiri pemimpin utama PKR dan DAP sendiri seperti Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Lim Kit Siang.
Ketidakhadiran mereka esok ekoran
spekulasi bahawa keretakan antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dan Pakatan semakin membesar.
Ini ekoran pendirian Hadi yang secara terbuka menolak pencalonan Azizah.
Tindakan itu juga secara tidak langsung
mengundang perasaan tidak puas hati daripada dalam parti itu sehingga
ada yang mahukan Hadi tidak lagi menerajui PAS.
NGO baru Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) yang ditubuhkan ahli PAS antara dikaitkan dengan usaha itu, tetapi dinafikannya.
Ucapan Hadi takkan dipulau
Sementara itu, terdapat juga spekulasi
bahawa kumpulan Erdogan, yang pro-Pakatan dalam PAS, akan memulaukan
ucapan dasar presiden esok.
Seorang pemimpin PAS yang dikaitkan
dengan kumpulan itu berkata, mereka tidak akan melakukan tindakan itu,
seperti pengalaman buruk ketika ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad
Sabu sebelum ini.
“Kami tidak akan lakukannya. Lagi pun,
ucapan dasar (presiden) akan dilihat oleh anggota jawatankuasa pusat
malam ini sebelum dibentangkan Hadi (esok),” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment