Kenyataan Hadi hanya perbincangan, bukan keputusan
KUALA LUMPUR - "Semua perbincangan tidak harus disebut sebagai
keputusan," demikian respons Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar
tentang pendedahan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad
mengenai butir perbincangan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dalam isu MB Selangor.
Berkata lanjut, Mahfuz menyifatkan Nik Nazmi sebagai seorang yang kurang 'cerdik' lantaran tidak dapat membezakan antara perbincangan dengan hasil keputusan mesyuarat.
"Nama pun berbincang.. janganlah dibawa ke luar dan dihebahkan pula kepada umum.
"Perbincangan sahaja, bukan keputusan, jadi tidak wajar beliau membawa keluar isi kandungan berkenaan.
"Kalau perbincangan di kedai kopi pun, hanya perbincangan bolehkah dijadikan keputusan, bincang lain, keputusan yang dibuat itu lain," katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hari ini.
Dalam pada itu, beliau menambah tindakan sedemikian hanya akan mengundang sikap kurang senang ahli untuk hadir dalam apa juga perbincangan selepas ini.
"Barangkali ada yang menganggap tidak perlu hadir mana-mana perbincangan kerana ia akan diketahui selepas itu.
"Mungkin juga ada yang takut untuk hadir kerana perbincangan sahaja dianggap sebagai keputusan," katanya.
Mahfuz turut mengingatkan supaya Nik Nazmi lebih cermat dalam mengeluarkan sebarang kenyataan lebih-lebih lagi berhubung hal dalaman PR.
Kelmarin, Nik Nazmi memberikan kenyataan media berhubung pertemuan di antara Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Pusat Suhaizan Kaiat dengan Abdul Hadi pada Jumaat lalu.
Pertemuan itu adalah antara siri pertemuan dengan pimpinan tertinggi parti-parti komponen PR yang dipersetujui Pemuda PR dalam usaha menyelesaikan hubungan dalaman berikutan isu Menteri Besar Selangor.
Dalam kenyataan tersebut, Nik Nazmi turut melahirkan kerisauan apabila ditanya tentang pandangan jalan keluar terhadap isu ini apabila Abdul Hadi ingin mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memantau sendiri kelemahan Abdul Khalid.

3 orang berkata:
Pkr ini tak boleh berbincang.semua mulut longkang. Kalau tghh sindir pun dikatakan keputusan. Budak baru katakan.
Lepas ini tak payah lah pemimpin pas berbincang dengan puak pkr ni. Lantaj dia oranglah. Lagi pun ,masaalah mb selangor masaalah dia orang. Kan zuraida dah kata
Pas jangan masok campor.
Pakatan Rakyat bukan hak milik sesiapa secara mutlak. Sementelahan ianya bukan didaftarkan pun. Jadi jgn ada individu yg merasakan PR dia yg punya, semua orang kena patuh dgn kehendaknya. Sebarang cadangan yg tak selari dgn selera tak boleh dianggap khianat atau bangang, kerana kita semua tidak sempurna. Oleh itu jgn menyindir seseorang dgn perkataan 'bukan maksum' kerana ianya tak pernah mengaku dirinya 'msksum'.
Taraf pakatan ni mcm pakatan kenduri kt kg ja...sape nak Komen,cadang,nak tambah lauk,nak kurangkan panggilan ke itu perkara biasa...tujuan utk melancarkan keduri kendara tu. Tapi kalau ada segelitir bertagas dlm pakatan tu...cth aku nak masak gulai kambing ja...lain aku tak mau...jgn tambah byk menu...aku tak suka...teruk la kenduri....tetamu x de pilihan...terpaksa makan gulai kambing...walaupun daging kambing tu hanching baunya.
Post a Comment