• Anwar ketika tiba di Mahkamah Persekutuan hari ini. Anwar ketika tiba di Mahkamah Persekutuan hari ini.
1 / 1
PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 2.15 petang bagi menghadiri prosiding rayuan terakhir kes liwat II yang masuk hari ke-8, hari ini.

Diiringi laungan 'reformasi', Anwar sempat melambai dan bersalaman dengan penyokong-penyokongnya sebelum melangkah masuk ke dalam mahkamah.

Anwar lengkap bersongkok dengan kemeja biru berarak menuju ke mahkamah dengan penyokong-penyokongnya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Selepas Anwar memasuki mahkamah, penyokong-penyokongnya mula berkumpul bagi membaca Yasin.

Hasil tinjaun Sinar Online mendapati kawasan pekarangan Istana Kehakiman telah dikawal rapi anggota polis sejak tengah hari tadi.