• Mohd Tamyes Abd Wahid Mohd Tamyes Abd Wahid
1 / 1
SHAH ALAM - Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menolak buat sementara waktu untuk bertemu dengan NGO Sisters in Islam (SIS) dalam tempoh terdekat ini.

Mohd Tamyes berkata, buat sementara waktu lebih baik tidak diadakan sebarang pertemuan bagi mengelakkan sebarang prejudis.

Menurutnya, perkara ini dielak memandangkan SIS telah mengemukakan semakan kehakiman kepada mahkamah berhubung status mereka.

“Tunggulah nanti kalau dia nak lawan di mahkamah, jika kita bertemu akan jadi prejudis,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Kanun Jenayah Syariah di Dewan Jubli Perak, semalam.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali kelmarin, mencadangkan pertemuan tiga pihak iaitu antara Mais, Mufti dan SIS bagi mengelak kekeliruan berhubung isu semakan kehakiman terhadap fatwa yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai fahaman sesat.

ARTIKEL BERKAITAN: [ Isu SIS: Mufti dijangka menghadap Sultan ]

ARTIKEL BERKAITAN: [ Jangan kritik fatwa yang diluluskan ]

ARTIKEL BERKAITAN: [ Perkasa kecam tindakan SIS pertikai fatwa Selangor ]