Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, November 7, 2014

Kes liwat II : Keputusan mungkin diumum pada satu tarikh lain


Keputusan penghakiman kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan diumumkan pada satu tarikh lain dan bukannya esok, ramal pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Ujarnya meskipun pasukan peguambela dijangka akan menghabiskan sesi penggulungan hujah mereka, keputusan kes itu tetap tidak akan diketahui esok.

"Esok boleh selesai. Keputusan tidak tahu bila. Mungkin tarikh baru dan mungkin esok kita tak tahu tapi segalanya berkemungkinan.

"Saya tak akan ambil masa yang banyak hanya dalam 10-15 minit sahaja. Kita nak tutup semua prosiding esok," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bilik Bicara 1 Mahkamah Persekutuan," ujarnya sebaik sahaja prosiding perbicaraan hari ini selesai sekitar jam 7 malam tadi.

Beliau kemudiannya berkata pelbagai kemungkinan boleh berlaku, ketika ditanya apakah harapan pendakwaraya bersabit perbicaraan kes itu.

Malah Shafee memberitahu, setakat ini semua hujah-hujah yang dibangkitkan pasukan peguambela berjaya dijawab pendakwaraya.

"Hari ini yang kita dengar semua cerita lama, cerita lama yang kita ada jawapan. Kita punya hujah yang kita buat dari segi fakta, undang-undang masih lagi sah seperti yang kita buat hujahan. Esok kita hanya hendak perkukuhkan sudut-sudut yang kita dah pilih," ujarnya kepada pemberita dilobi Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah hari ini menangguhkan prosiding perbicaraan sehingga jam 3 petang esok bagi membolehkan peguambela mengukuhkan hujah mereka.

Prosiding yang pada mulanya dijangka hanya mengambil masa selama dua hari itu dilanjutkan sehingga tujuh hari, termasuk hari ini.

Anwar berdepan dengan hukuman penjara 5 tahun, jika beliau tewas dalam rayuannya kali ini.

Ketua Pembangkang itu sebelum ini disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Rayuan meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful bukhari Azlan ~ AntaraPos

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.